Zakir Naik tak faham politik Malaysia, kata Wan Ji

Pemimpin muda PKR itu berkata walaupun pendakwah India itu bebas memberikan komen, ia tiada kredibiliti kerana beliau tidak faham recam sebenar politik tempatan.

PETALING JAYA: Komen Dr Zakir Naik mengenai politik di Malaysia tidak boleh dijadikan ukuran, kata bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, kerana pendakwah India itu tidak pernah mengikuti sejarah politik Malaysia secara mendalam.

“Tidak salah untuk Dr Zakir memberi komen tentang politik di Malaysia tapi komen yang datang daripada beliau tentang politik di Malaysia tidak boleh dianggap ada kredibiliti kerana dia tidak faham recam sebenar politik di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Pada Ahad, Zakir menasihatkan umat Islam Malaysia memilih parti diterajui umat Islam yang “kurang memudaratkan”, sekiranya wujud 2 parti politik di kalangan umat Islam yang bertelagah.

Dr Zakir berkata rakyat Malaysia beragama Islam perlu memilih parti politik yang melaksanakan prinsip Al-Quran dan Sunnah.

Wan Ji yang kini sebahagian daripada PKR mengingatkan parti politik di Malaysia kini hanya menggunakan agama untuk berpolitik, bukannnya membawa perjuangan Islam.

“Kalau parti politik yang ada sekadar tahu membaca Al-Quran, membaca hadis, dan itu sudah dikatakan sebagai membawa politik Islam, ia tidak tepat,” katanya kepada FMT.

“Berdasarkan sejarah Islam, Khawarij juga membaca Quran dan hadis tetapi mereka melakukan kerosakan kepada rakyat.”

Menurut Wan Ji, parti politik yang perlu dipilih rakyat ialah yang memperjuangkan hak rakyat dan menolak parti yang melakukan kerosakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana