Yang INi Penting Untuk Kita Tahu!!!!!! 10 JENIS MAKANAN YANG ANTI KOLESTEROL

Bagi mereka yang malas bersenam dan makan secara tidak seimbang, tahap kesihatan juga pasti akan menurun. Tenaga yang diperoleh dari pemakanan menjadi lemak berlebihan dan menyebabkan fizikal seseorang menjadi gemuk.

Salah satu penyebab kegemukan juga adalah kerana tubuh badan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.

Jika anda tiada masa untuk bersenam kerana tekanan kerja, boleh mencuba amalkan pemakanan 10 jenis makanan anti kolesterol ini.

1. Ikan salmon

Memakan ikan salmon sangat bagus untuk menurunkan paras kolesterol anda. Ia diperkaya dengan omega 3, EPA dan DHA yang sangat bagus untuk kesihatan selain membantu fungsi jantung anda.

2. Kacang soya

Makanan yang diambil berasaskan kacang soya seperti tempe, susu kacang soya dan sebagainya sangat bagus kerana ia mempunyai isoflavon yang berfungsi menghalang kolesterol berlebihan dari menjadi lemak.

3. Sayur kacang

Sayuran jenis kacang seperti kacang buncis, kacang panjang, dan kacang merah mempunyai serat mudah larut yang sangat tinggi. Kajian mendapati hingga 10% kolesterol dapat dikurangkan jika anda makan makanan jenis ini.

4. Bawang putih

Dalam setiap masakan kita, pasti ada dimasukkan juga bawang putih terutama untuk tumisan dan gulai. Bawang putih dikatakan mampu mencegah kolesterol, mencegah pembekuan darah dan menjadi agen penghalang penyakit.

5. Avokado

Walaupun avokado dikatakan mempunyai kolesterol yang tinggi, namun ia bukan kolesterol yang susah untuk dicerna tubuh badan. Memakan avokado bersama sayuran yang lain amat digalakkan bagi menjamin tahap kolesterol pada paras yang baik.

6. Coklat

Bagi penggemar tegar coklat, pasti anda merasa gembira kerana kajian menunjukkan coklat bukanlah penyebab kegemukan dan lemak berlebihan. Namun, coklat yang dimaksudkan ialah coklat asli yang tidak ditambah dengan bahan lain.

7. Bayam

Sayuran bayam dikatakan mempunyai kandungan lutein yang tinggi. Lutein amat penting dalam kesihatan tubuh manusia dan dapat menajamkan penglihatan.

Bayam juga dapat membantu menghakis lemak berlebihan pada jantung yang boleh menyebabkan jantung anda tersumbat.

8. Marjerin

Apabila memilih makanan, anda perlu meneliti kepada kandungan lemaknya. Marjerin dikatakan tidak mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi kerana dibuat daripada minyak sayuran.

Namun, anda harus berhati-hati kerana tidak semua marjerin dibuat dengan minyak sayuran asli.

9. Badam

Kacang badam merupakan makanan rendah lemak yang sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Ia kaya dengan vitamin E, magnesium dan phytochemical yang berfungsi menjaga jantung anda.

10. Teh

Anda suka minum teh? Bagus! Menurut kajian, teh diperkaya dengan antioksida yang berfungsi menghalang pembekuan dalam pembuluh darah anda. Selain itu, antioksida seperti flavonoid menghalang lemak dari bertempel di pembuluh darah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana