Wowwww!!!! Husam dilantik Naib Presiden PAN mulai hari ini...

Sudah dijangka... Parti Amanah Nasional (PAN) melantik Datuk Husam Musa mengisi jawatan Naib Presiden parti itu.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir ketika sidang media Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur.

"Sukacitanya memaklumkan Datuk Husan yang ketika ini menjadi penasihat PAN Kelantan dilantik mengisi jawatan Naib Presiden parti.

"Perlantikan ini adalah sebagai memenuhi usul yang diterima sebulat suara dan berkuatkuasa hari ini," katanya.

Husam sebelum ini dipecat dari PAS kerana berbagai salahlaku dalam parti tersebut.

Beliau sering mengkritik PAS selepas kalah pemilihan parti tersebut pada 2015.

Husam sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS yang paling kanan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana