Untunglah Mahfuz, tak payah bercerai dan boleh ikut belakang Mukhriz ke sana dan ke sini.

Setelah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan beberapa pemimpin PAS, Ahli Parlimen Bukit Sena, Datuk Mahfuz Omar kini tidak lagi dianggap sebagai ahli parti itu di kawasan tersebut.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata rata-rata ahli PAS kini sudah tidak menerima Mahfuz sebagai ahli parti kerana kenyataan serta kritikan beliau terhadap parti sendiri mencerminkan beliau sebagai orang luar.

“Datuk Mahfuz ni biarpun dia PAS, tapi orang PAS dah tak iktiraf dia sebagai ahli. Dan dia bercakap sekarang, seolah-olah dia berada di luar parti PAS.

“Jadi, biarlah dia sedar di mana dia berada dan apa yang dia cakap, orang PAS boleh terima apa yang sudah berlaku dalam pembentangan baru-baru ini dan juga strategi-strategi tertentu yang diatur untuk kita perkasakan mahkamah syariah,” katanya dalam satu majlis di Ampang malam tadi.

Terbaru, Mahfuz lantang membidas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendiamkan diri mengenai penangguhan sesi perbahasan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 2016 atau Akta 355 oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia Khamis lalu.

Menurut Mahfuz, sebagai pembentang kepada pindaan akta itu, Abdul Hadi Awang sepatutnya bangun dan mempersoalkan tindakan Pandikar yang tiba-tiba menangguhkan usul berkenaan tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Tambah Hashim, tindakan terhadap Mahfuz akan diambil sebelum sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

“Insya Allah ada. Perkara-perkara yang akan dilakukan sepanjang sebelum sidang (Dewan Rakyat) yang akan datang,” katanya.

Walau bagaimanapun, Hashim tidak memberitahu secara terperinci bentuk tindakan serta tarikh tindakan yang bakal dikenakan terhadap Mahfuz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana