Undi tak percaya di DUN P.Pinang... masa terbaik singkir Guan Eng

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bercadang membentang usul di dalam sidang DUN bagi meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng melepaskan jawatan ekoran kes rasuah yang dikaitkan dengan dirinya.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata usul tergempar itu dijangka bakal mendapat sokongan ADUN pembangkang terutamanya daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Malah sudah mula terdapat ura - ura mengatakan bahawa beberapa orang ADUN DAP juga akan menyokong usul yang dibawa kerana mereka malu dengan kes rasuah Guan Eng yang telah mencemar imej "bersih" DAP.

"Saya berpendapat ini adalah masa yang tepat bagi semua pemimpin Pulau Pinang untuk bangkit dan melawan isu rasuah yang melibatkan negeri Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kes rasuah yang sering berlaku di negeri itu sejak kebelakangan ini membuatkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan negeri.

"Ini juga susulan penjualan tanah - tanah negeri kepada pemaju hartanah dan Taikoon, penutupan kilang - kilang serta syarikat multinasional yang berpindah ke negeri dan negara lain yang mempunyai polisi kewangan yang lebih telus serta harga rumah yang melambung tinggi sehingga tidak ada rakyat tempatan yang mampu membeli rumah di negeri sendiri.

"Ini semua sedang memberi tekanan yang sangat tinggi kepada rakyat Pulau Pinang terutamanya anak - anak muda," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan seorang individu berpangkat Datuk Seri berumur 74 tahun dan anaknya berpangkat Datuk berumur 47 tahun atas kes rasuah dalam penjualan tanah di Pulau Pinang tanpa mengikut prosedur dan undang - undang.

Kedua - dua mereka disiasat dibawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata Cheng Guan, insiden itu membuktikan Pulau Pinang menjadi syurga bagi ahli perniagaan yang mempunyai hubungan dengan ahli politik di negeri ini melakukan korupsi dalam skala yang mega.

"Penahanan ahli perniagaan yang berpengaruh dan anak beliau merupakan salah satu lagi kes rasuah di Pulau Pinang selepas kes rasuah Guan Eng," katanya.

Guan Eng telah didakwa di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Guan Eng).

Tambah Cheng Guan, Pulau Pinang kini dikenali sebagai negeri yang mempunyai masalah rasuah yang tinggi  termasuk skandal rasuah Ketua Menteri dan juga ahli - ahli perniagaan yang rapat dengan kerajaan negeri.

"Secara jujurnya, Dahulu Pulau Pinang merupakan satu negeri yang amat baik tanpa sebarang kes rasuah serta menjadi kebanggaan warga Pulau Pinang.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana telah menjalankan siasatan kes rasuah dengan adil dan telus tanpa rasa takut atau pun memberikan keistimewaan kepada mana - mana pihak.

"Ini membuktikan undang - undang negara tidak kenal sama ada kerajaan  atau pembangkang. Semua sama di sisi undang - undang," akhirinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana