TONY PUA PERLU SEDIA BERDEPAN TINDAKAN TEGAS – MT UMNO

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua perlu sedia berdepan dengan apa jua tindakan yang bakal menyusul ekoran keengganannya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata sememangnya menjadi tabiat pembangkang yang gemar menimbulkan keraguan dan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

“Itu keyakinan dia (Tony Pua) dan dia kena hadapi apa juga kemungkinan yang bakal berlaku.

“Jadi dia nak tuduh, nak beri pandangan dia itu dia punya hak tetapi pada saya tidak ada pun benda yang melanggar kecuali dakwaannya yang bersifat tuduhan fitnah kepada PM,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Pua, yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkeras enggan membuat permohonan maaf kepada Najib bersabit video dimuat naik di Facebook yang mendakwa kerajaan mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355.

Peguam yang mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun semalam menyerahkan surat tuntutan anak guamnya, menuntut pemimpin DAP itu membuat permohonan maaf dan mengeluarkan video yang dimuat naik itu, dalam masa tujuh hari.

Menurut Hafarizam, jika pihaknya tidak menerima respons yang memuaskan, beliau dengan tegasnya akan memulakan prosiding undang-undang terhadap Pua. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana