TERUK ‘DIBULI’ NETIZEN, LAMAN SOSIAL PERIBADI NAJIP ALI DITUTUP

BAHANG daripada kemarahan netizen akhirnya dirasai oleh selebriti Singapura, Najip Ali lantas membuatkan dia bertindak menutup semua akaun media sosialnya termasuk Facebook, Twitter dan Instagram, gara-gara menjadikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bahan lawak dan kecaman.
Barangkali, dia sudah tersalah anggap kononnya pemimpin Malaysia boleh dijadikan bahan jenaka sewenang-wenangnya, namun sebaliknya dia sendiri yang terkena tempiasnya apabila netizen dilihat bersatu hati menempelak tindakan tidak bertanggungjawab juri tetap program Maharaja Lawak Mega terbitan Astro itu.
Besar kemungkinan juga, ini merupakan salah satu cara untuk para penggiat seni kelahiran Singapura melepaskan bebanan akibat masalah inflasi dan kesuraman ekonomi Singapura yang makin menjerut, malah di Singapura, rakyatnya tidak berpeluang mengkritik pentadbiran dan pemimpin negara itu serta isterinya yang menguasai Temasek Holding serta segala urusan hartanah di negara terbabit.
Selain Akta Keselamatan Dalam Negeri, hukuman penjara dan denda yang tinggi sudah siap menunggu bagi sesiapa yang berani mengecam atau mengusik Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri mahupun keluarga Perdana Menteri walaupun sekadar mempersoalkan keadaan Temasek Holding yang mengalami kerugian bertrilion Ringgit.
Sementara itu, ancaman-ancaman besar ekonomi yang datangnya daripada usaha-usaha Najib, pelbagai projek-projek yang mengancam kepentingan ekonomi negara Singapura, termasuk RAPID Pengerang yang menerima pelaburan daripada ARAMCO serta bakal mengancam pendapatan kedua terbesar Singapura apabila siap loji-loji penapisan minyaknya.
ECRL apabila siap nanti, akan menjadikan kepentingan pelabuhan-pelabuhan di Singapura mencorot apabila kontena-kontena dari Timur dan Barat, tidak perlu lagi meneruskan pelayaran sepanjang Selat Melaka atau menyusuri Laut China Selatan untuk berentreport di Singapura.
Insentif dan inisiatif yang lebih baik untuk pemodal-pemodal besar teknologi dan perkhidmatan yang menggantikan pemodal-pemodal pembuatan zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bakal menyediakan ruang dan peluang lebih besar di negara ini berbanding di Singapura.
Infrastruktur yang lebih baik, prasarana fizikal yang bagus, mahupun prasarana seperti jalur lebar yang dipertingkatkan pula dengan lokasi-lokasi perindustrian yang lebih baik, selain jumlah tenaga kerja yang lebih murah dan ramai, memberikan saingan yang tidak sedikit kepada Singapura.
Maka, tidak hairanlah Singapura terpaksa menggunakan media dan artis kelahiran mereka untuk melakukan serangan terhadap Malaysia dan kepimpinan yang ada, malah turut dikatakan bahawa Najib, lebih teruk diserang berbanding Mahathir pada era Lee Kuan Yew.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment