Terpedaya Dakyah Pembangkang...Raja Nong Chik Bersuara

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin menasihatkan rakyat dan orang ramai agar jangan mudah terpesong dengan dakyah dan kata-kata manis pembangkang, kelak diri sendiri juga yang akan rugi.

“Jangan terlalu ikut emosi mengatakan UMNO dan BN ini selalu nak menipu orang sahaja, apabila kita buat sesuatu, pembangkang sengaja menimbulkan segala macam isu, semata-mata untuk memesongkan pemikiran rakyat untuk menolak segala program dan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN.

“Akhirnya, tindakan tersebut akan merugikan rakyat. Ketika pembangkang menimbulkan isu ini, ada sebilangan kecil rakyat yang terpedaya,” ujarnya mengulas mengenai perkembangan terkini 34 penghuni flat 4 tingkat Kampung Kerinchi yang terlepas peluang memiliki Residensi Kerinchi yang dilancarkan PM baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Lembah Pantai menjelaskan, ada di kalangan 34 penduduk menolak pembangunan Residensi Kerinchi dahulu menghubungi pihaknya dalam usaha untuk mendapatkan rumah yang telah ‘terlepas’ tersebut.

“Mereka ada menghubungi kita, namun perkara tersebut telah lama terlepas, apa yang mampu UMNO dan BN Lembah Pantai usahakan ialah jika mereka datang secara berkumpulan, kita akan merayu kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjual rumah-rumah PPR yang mereka sewa pada ketika ini.

“Ini kerana ketika mereka terpaksa berpindah selepas tewas di mahkamah kepada kumpulan majority (penduduk yang menerima pembangunan Residensi Kerinchi), ketika itu saya merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, saya bantu juga mereka memandangkan wakil rakyat mereka (Nurul Izzah) telah pun meninggalkan mereka ketika itu, saya bantu mereka untuk menyewa rumah PPR, ketika ini mereka masih duduk di situ iaitu di PPR Muhibbah, Lembah Pantai.

“Ada di antara mereka yang mahu membeli rumah tersebut, itu saya boleh bantu tetapi buat secara berkumpulanlah. Kesian juga mereka kerana Nurul Izzah telah bawa  mereka ‘ke jalan yang salah’, akhirnya mereka rugi, rumah pun tak dapat, jadi kita nak tolong juga untuk mendapatkan rumah walaupun bukan rumah Residensi Kerinchi yang sepatutnya mereka dapat tetapi sekurang-kurangnya rumah DBKL,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Tambahnya, pembangkang akan menmgambil apa sahaja peluang untuk mengaburi mata rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum tetapi akan hilang selepas mereka berjaya menang di satu-satu kawasan dan akan timbul semula menjelang pilihan raya umum yang seterusnya.

“Begitulah juga dengan insiden kebakaran di PPR Kerinchi (semalam), setelah sekian lama menghilangkan diri, tetapi bila dah dekat PRU, ada kejadian seumpama ini, baru mereka muncul untuk bertanya khabar itupun melalui wakilnya, tetapi ke mana menghilangnya mereka selepas menang dalam pilihan raya umum dulu,” tambahnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana