Teguran keras Mufti Perak pada Siti Kasim

Ini kes berat... ada peringatan keras dari Mufti Perak ditujukan kepada seorang aktivis wanita bernama Siti Kasim (tengah) yang bercakap mengenai zat Allah dengan tidak memahaminya terlebih dahulu .
Dalam kenyataan keras, Tan Sri Harussani Zakaria berkata jika sekira beliau tidak faham bab tauhid dia (Siti Kasim) “...tidak mencampuri urusan agama iaitu berkenaan Tauhid jika dia tidak mengetahui mengenainya.
Mufti Perak itu  mengulas kontroversi dicetuskan Siti Kasim dalam laman portal berita bertajuk ‘Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan’.
Menurut Harussani Islam ditegah sama sekali mempertikaikan zat Allah kerana perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir dan murtad.
“Jika matipun tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam walapun namanya seorang Islam. Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam, bahkan matipun tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam walaupun namanya Zabedah ke atau Fatimah ke,” katanya  keras pada media di pejabatnya di Kompleks Islam di Ipoh pada Isnin.
“Jadi kalau kita menyifatkan Tuhan itu sama dengan makhluk atau terjadi dari makhluk, maka kita sudah jadi kafir sudah murtad daripada Islam.
“Nasihat saya tak usahlah campur dalam urusan urusan agama apa yang kita tidak tahu, belajarlah, kita telah dilahirkan sebagai orang Islam cukup beruntung, pelajari Islam yang telah dibawa oleh bapa dan mak kita dan kita pertahankan agama Allah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana