Takkan Melayu di Gelang Patah bising jika betul hormat Melayu

Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu berselindung di sebalik sentimen politik yang kononnya menghormati Melayu lebih daripada UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ini kerana beliau hanya menyalak lebih tentang perkara itu, namun hakikatnya Kit Siang sendiri tidak pernah menjaga apatah lagi melindungi kepentingan orang Melayu.

“Jika dia jaga orang Melayu, orang Melayu di Gelang Patah takkan bising,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa dirinya lebih menghormati kaum Melayu berbanding pemimpin UMNO.

Kit Siang membuat kenyataan tersebut bagi membidas tuduhan terhadap partinya cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu, apatah lagi mempergunakan pemimpin-pemimpin daripada kaum itu demi kepentingan politiknya.

“Yang jelas saya mempunyai penghormatan yang lebih terhadap kaum Melayu berbanding menteri dan pemimpin UMNO.

“Saya menggesa menteri dan pemimpin UMNO tidak menghina kaum mereka sendiri dengan cara seperti ini,” kata Kit Siang pada sidang media di Parlimen, Selasa.

Tambah Latiff lagi, Kit Siang hanya membuat kenyataan tersebut bagi mengelakkan dirinya dilabel sebagai anti Melayu.

“Mana boleh pisah UMNO dengan Melayu, ibarat macam mana nak pisah gula dengan manis, Dia buat statement semata-mata nak elakan dari di kata anti melayu, anti Melayu itu adalah anti Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahdan berkata, Kit Siang perlu bertanya kepada sekutunya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sama ada beliau benar-benar rasis ataupun tidak.

“Bagi saya Kit Siang boleh bercakap apa saja, namun orang Melayu sudah cukup kenal siapa kamu dan orang Melayu tidak pernah lupa apa yang kamu lakukan. Semuanya tercatat dalam lipatan sejarah.

“Rakyat Malaysia tidak lupa siapa individu terbabit dengan insiden 13 Mei 1969 sehingga peristiwa memijak gambar wakil rakyat DAP yang berbangsa Melayu kerana bertindak keluar DAP. Apakah itu cara Kit Siang menghormati Melayu?.

“Kit Siang jika anda ingin kepastian bahawa anda adalah seorang rasis dan anti Islam, silalah tanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sekutu DAP, beliau pasti ada jawapannya,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana