SUMBANG TARIANNYA, DIA SALAHKAN LANTAI KONON TAK RATA…

Baru-baru ini seorang bekas Menteri Besar yang kini menjadi pembangkang mendakwa negeri Kedah terabai sejak 2013 hingga kini. Katanya, sejak dia jadi Menteri Besar dulu, hinggalah ke Menteri Besar sekarang, negeri itu diabaikan Kerajaan Pusat walau diperintah oleh parti yang sama.

Demikianlah kata seorang anak bekas Perdana Menteri yang ‘kecewa’. Kelihatan dia begitu yakin dengan hujah yang dibawanya. Kononnya sudah dirayu, namun tidak pula dilayan kerajaan pusat. Kononnya, Dato’ Seri Ahmad Bashah pun kini hadapi masalah yang ‘serupa’?

Ayuh kita imbas sejarah terlebih dahulu. Selama 22 tahun bapanya jadi Perdana Menteri, apakah Kedah jadi negeri paling maju, paling moden dan paling kaya di Malaysia? Dalam tempoh itu, negeri Kedah dan rakyatnya kaya atau anak-anak bapanya dan kroni-kroninya saja yang kaya?

Cuba periksa berapa kali nama anak-anaknya tersenarai dalam senarai individu terkaya di negara ini. Cuba periksa pula kekayaan anak-anak bekas Perdana Menteri itu. Jika anak-anak itu tidak berbapanya bekas Perdana Menteri berkenaan, apakah mereka akan jadi jutawan seperti itu?

Cuba periksa pula siapa individu terkaya di negara ini dan bagaimanakah hubungan mereka dengan bekas Perdana Menteri itu. Cuba lihat bagaimana agihan-agihan kekayaan di Kedah pula, khususnya di Langkawi. Siapa monopoli tanah strategik bernilai tinggi di sana?

Dalam tempoh 22 tahun itu, mengapa langsung tidak tergerak hati ‘anak jati Kedah’ itu untuk memberi pampasan atas status ‘jelapang padi’? Mengapa tidak arahkan Pulau Pinang beri pampasan lebih setimpal kepada negeri Kedah berhubung tanah negeri dan sumber air?

Itu baru membabitkan kuasa bapanya selama 22 tahun. Bukan saja terus membiarkan Kedah terus menjadi antara negeri termiskin di negara ini, malah Menteri Besar pun dia tukar mengikut selera kroninya? ‘Ugut-paksa’ pula supaya pimpinan UMNO Negeri terima?

Ketika dia jadi Menteri Besar, mengapa meminta ‘bulan dan bintang’? Mengapa minta litar lumba bertaraf SIC di Sepang bernilai RM80 juta dan diberikan kepada ‘syarikat adik beradik’? Orang mahu bina litar lumba untuk rakyat, bukan bertaraf antarabangsa.

Jika ditawarkan RM30 juta saja, mengapa mengada-ngada mahu litar lumba bernilai RM80 juta? Paksa-paksa orang beri duit ikut kemahuannya? Dia fikir duit kerajaan itu duit bapanya? Jika dibina litar lumba bertaraf dunia, mampukah negeri antara termiskini itu tampung kos menyelenggara?

Kemudian, dia rancang pula projek-projek mega yang memerlukan kos berbilion ringgit? Kenapa tidak rancang projek yang bernilai bertrilion bilion dolar saja? Rancang projek-projek mega yang mahal-mahal, lepas itu minta duit dari Kerajaan Pusat?

Bila tidak diberi dan diberikan separuh saja, meroyan-royan menghentam kerajaan pusat. Kononnya kerana kepentingan rakyat? Mengapa tidak berterus terang katakan ‘demi projek’ untuk abang dan kroni? Senang sikit Kerajaan Pusat tolak awal-awal…

Jika ‘jahil’ sangat, mengapa tidak belajar dari bekas Menteri Besar Kedah, arwah Tan Sri Azizan Razak? Tanpa kerajaan pusat, sekurang-kurangnya arwah meninggalkan kompleks Aman Central yang boleh dibanggakan orang PAS.

Walaupun berhutang lebih RM300 juta kepada bank untuk membina kampus KUIN, Menteri Besar yang dihina ‘lena’ itulah yang berjaya ‘meneutralkan’ hutang berkenaan melalui bantuan dari Kerajaan Pusat. Bekas Menteri Besar itu ‘buta’?

Apakah bekas Menteri Besar itu tidak mengikuti perkembangan berita mengenai bantuan dan peruntukan yang diterima Menteri Besar sekarang dari Kerajaan Pusat? Litar lumba yang dijanjikan pun bakal dipecah tanah dan mula dibina tidak lama lagi. ‘Buta’kah dia?

Apakah dia fikir segala peruntukan untuk mengatasi masalah air di Kedah itu datangnya dari ‘langit’? Kenapa Ahmad Bashah yang ‘lena’ itu mampu dapatkan peruntukan sebegitu banyak dari kerajaan pusat dan bekas Menteri Besar itu gagal?

Tidak guna jika berkelulusan tinggi, tapi bersikap bodoh sombong dan tidak tahu menjalin hubungan yang baik. Sudahlah dengan pemimpin Bahagian pun tiada hubungan baik, kemudian buat musuh pula dengan yang diatas?

Pada pandangan penulis, kerap berswafoto tidak akan menjanjikan apa-apa kebaikan kepada negeri atau rakyat di negeri Kedah itu. Hanya mereka yang tahu menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat, berkhidmat untuk rakyat dan tidak mengejar populariti saja yang tahu mentadbir negeri itu dengan baik.

Sudah ramai Menteri-Menteri Besar di negeri tersebut. Mereka semua tinggal dan bermastautin di Kedah. Tapi dia seorang saja yang tunjuk lagak bodoh sombong dan bila gagal, dia tuding jari menyalahkan orang lain. Memalukan nama baik bekas Perdana Menteri saja, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana