SPRM kesan 13 VIP kes cubaan sogok Sultan Johor

Sudah berjangkit... dan nampak gayanya kes ini akan jadi kes besar dan ramai yang akan panas punggung kerana ia melibatkan golongan kenamaan, berkedudukan dan kaya.
Daripada seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dari Klang, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memburu 13 orang kenamaan bagi membantu siasatan kes cubaan menyogok Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung penganugerahan darjah kebesaran.
Dalam laporan muka depan akhbar pada Sabtu yang memetik sumber, SPRM percaya Tan Sri yang kini ditahan reman berperanan sebagai ejen atau orang tengah kepada individu terbabit bagi mendapatkan gelaran Tan Sri dengan menawarkan RM2 juta kepada Sultan Ibrahim.
“Berikutan itu, mereka yang berkaitan diminta tampil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkenaan.
Majistret Nik Isfahanie Tasnin Wan Ab. Rahman memerintahkan lelaki berumur 54 tahun itu direman sehingga 4 April ini selepas membenarkan permohonan SPRM bagi membolehkannya disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Lelaki itu yang juga pengasas dan penasihat sebuah syarikat perkapalan di Johor Bahru tiba di mahkamah tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi dan dilihat memakai baju berwarna oren tertera perkataan Lokap SPRM.
Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran sebanyak RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran Tan Sri dari­pada Yang di-Pertuan Agong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana