SPLASH: MANA DATANGNYA RM2 BILLION LAGI?

“From free-water, to a water-free”, begitulah kata-kata sindiran politik yang sangat sinonim bila berbicara tentang masalah air di Selangor. Kisah gangguan bekalan air di Selangor bukanlah perkara baharu, namun nampaknya sudah sebati di kalangan rakyat Selangor. Alah bisa tegal biasa, akhirnya permasalahan tersebut cuba dijadikan sebagai biasa dengan mengambil dari kata-kata orang kebanyakkan “kambing tak mandi pun harganya mahal”.
Kalau bab soal jual slogan, memang tidak perlu dipertikaikan lagi, kerajaan Selangor juara, sebaris dengan kerajaan Pulau Pinang. Dengan dereta slogan-slogan persis menanam tebu di tepi bibir, kerajaan Selangor kini tampil dengan slogan berpaksikan “peduli”. Peduli Rakyat, satu lagi kisah dongeng penuh muslihat.
Apa tidaknya, slogan itu diwar-warkan pada ketika Selangor masih berada di dalam zon “tidak selesa” berhubungan dengan status bekalan air. Sedang krisis tersebut boleh berulang pada bila-bila masa dek masih belum ada penyelesaian konkrit dari kerajaan negeri, rakyat sangat gelisah apabila dikejutkan dengan sejumlah besar wang rakyat bakal digunakan dalam penstrukturan air.
Di mana logik akal, dengan ekuiti SPLASH yang dianggarkan bernilai sekitar RM800 juta, tetapi mahu dibeli oleh regim Azmin Ali dengan harga RM2.8 billion? Pendedahan oleh bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tentang pengambilalihan ini jelas menimbulkan persoalan, dengan melibatkan sejumlah besar wang rakyat Selangor.
Semoga rakyat Selangor tidak terkesan dengan slogan “why bother, why bother, why bother” lantas membuka mata dan mahu berfikir apakah rasional di sebalik tindakan tersebut jika berlaku kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana