Sikap 'pelik' Rafizi dalam isu SPLASH Pelik bin ajaib!

Pakar ekonomi PKR yang kononnya serba tahu, Rafizi Ramli memberi alasan dia tidak tahu nilai sebenar syarikat pemegang konsesi air, SPLASH, apabila ditanya tentang tawaran RM2.8 billion kerajaan Selangor untuk ambil alih syarikat itu.
Jawapan Ahli Parlimen Pandan itu 'sangat luar biasa' kerana selama ini dia mendakwa serba tahu rahsia kerajaan Pusat termasuk hutang-hutang, pembaziran dan pelaburan GLC seperti KWSP dan Lembaga Tabung Haji.
Namun, bila melibatkan skandal PKR, Rafizi seperti merendahkan tahap 'geniusnya' apabila memberi jawapan yang dikategorikan jawapan 'bodoh'.
Masakan pakar ekonomi yang sering memfitnah kerajaan BN tidak tahu nilai syarikat SPLASH sedangkan dia pernah terbabit dalam rundingan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.
Walaupun dia mendakwa tidak lagi terbabit dalam rundingan di bawah Datuk Seri Azmin Alin, mustahil dia tidak tahu harga sebenar SPLASH.
Sikap 'pelik' Rafizi menguatkan lagi dakwaan PKR mendapat keuntungan besar daripada penjualan SPLASH kepada Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana