Siasat dakwaan Haji Hadi pembangkang minta campurtangan luar

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa pihak polis menyiasat dakwaan parti politik membuat rundingan dengan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu berkata, pihak polis perlu menyiasat kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat dakwaan tersebut.

“Polis perlu siasat kenyataan Abdul Hadi, parti politik mana yang berunding dengan Amerika untuk gulingkan kerajaan BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi pada 11 April lalu berhubung tindakan pembangkang yang mempertikaikan rundingan Pas dan UMNO dalam RUU355 berbanding DAP berunding dengan negara asing untuk mengubah politik Malaysia.

“Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang.

“Sedangkan dia berunding dengan Amerika, negara asing dan kedutaan asing untuk mengubahkan politik Malaysia.

“Kita tidak sampai tahap itu..nak suruh negara asing campur tangan negara ini.

Mengulas lanjut, Ramesh berkata, pihak berkuasa perlu meneliti dan menyiasat dakwaan itu kerana sudah diketahui parti mana berunding dengan kerajaan asing dengan tujuan tidak baik.

“Polis perlu menyiasat perkara ini kerana jika ia menular ia boleh membahayakan kedaulatan negara kerana campur tangan pihak asing,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan, rundingan berkenaan terhasil daripada isu 1MDB yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Rundingan-rundingan sebegini dibuat denga niat membawa masalah politik ke dalam negara,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment