Siapa bocor dokumen MB Inc....?

Kakitangan atau pegawai kerajaan yang membocor rahsia mengenai asset Perbadanan Menteri Besar atau MB Inc,.kini tentu tidak senang duduk apabila siasatan sudahpun bermula bagi mengenal pasti identity pegawai berkenaan.

Pengesahan siasatan dimaklumkan Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir ketika mengulung perbahasan titah ucapan Sultan Perak Sultan Muizzuddin Shah pada hari akhir sidang DUN Perak semalam (Selasa).

Beliau juga turut mengulas isu sama sewaktu sidang media diadakan sebaik saja beliau selesai mengadakan pengulungan pada hari terakhir sidang DUN Perak pada Selasa.

Sebelum ini ADUN Kamunting, yang juga EXCO dimana MB Inc. portfolionya, Datuk Zahir turut memberi penjelasan terhadap dakwaan salahlaku agensi kerajaan itu dan menganggap isu ini dikitar DAP untuk tujuan politik.

Sewaktu Zahir bertegang leher dengan Ngeh Koo Ham berhubung isu MB Inc., Zambry kelihatan memberi sokongan moral. Bahkan seluruh penyokong kerajaan terdiri wakil-wakil rakyat BN menepuk meja tanda setiakawan.

Ketika gilirannya mengulas isu-isu dibangkitkan khusus pendedahan  ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming (Kepayang) berhubung  dokumen mengenai MB Inc., yang dibocorkan, Zambry hairan perkara pembocoran dokumen berstatus rahsia itu boleh berlaku.

Dengan wajah bersahaja, beliau yang juga ADUN Pangkor dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menyindir pegawai berkenaan dan pada masa sama berjanji merongkai permasalahan ini sepenuhnya.

Beliau memberi jaminan kerajaan negeri pasti akan mengenalpasti pegawai kerajaan yang membocorkan dokumen tersebut kepada umum.

Kerajaan negeri katanya tidak akan berkompromi  dalam soal ini kerana pegawai kerajaan sepatutnya bertanggungjawab melindungi dan menjaga rahsia kerajaan seperti mana yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Menteri Besar berpendapat perbuatan membocorkan rahsia kerajaan  itu jika tidak dihalang akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk `menyerang’ kerajaan.

“Setiap kakitangan awam adalah bertanggungjawab menjaga dan melindungi dokumen kerajaan dan bukan mendedahkannya kepada umum,” katanya.

Dengan nada sindir,  Zambry  dipetik berkata,” “Saya simpati kepada mereka dituduh begitu, oleh itu menjadi tanggungjawab saya pula mencari siapa (bertanggungjawab membocornya).”

Dalam konteks sama,beliau kesal tindakan pembangkang kebelakangan ini kerana  ia adalah keterlaluan apabila mereka menggambarkan seolah-olah perbadanan itu terlibat dalam pelbagai skandal dan mengandaikan ia lebih teruk daripada 1MDB.

Katanya mereka sering mendebatkan isu MB Inc dan mengulangi kenyataan yang sama di dalam persidangan DUN. Jika mereka memberi pandangan mengenai tadbir urus MB Inc, kita terima tetapi ini lebih kepada kebencian terhadap MB Inc.

“Saya tertanya-tanya apa sebenarnya di belakang kotak fikirnya (pembangkang)…mungkin mereka ada sesuatu agenda,” katanya.

Sementara itu ketika menemui media pula Zambry turut membidas sikap pembangkang yang tidak habis-habis  menyerang dan memperlekehkan keupayaan kepimpinannya kerana katanya jika hal ini dilakukan berterusan, ia dikhuatiri akan menjejaskan persepsi pihak luar kepada negeri ini.

Merujuk isu MB Inc., dan isu kemiskinan yang dikitar berkali-kali, beliau berkata perbuatan pembangkang “mengulang-ulang isu sama” seolah-olah negeri ini merupakan negeri kedua termiskin dan ia menimbulkan satu persepsi yang sangat buruk kepada orang luar

“Mereka juga mempersoalkan mengenai pelaburan dan mempersoalkan keupayaan negeri ini sekaligus turut memberikan kesan yang tidak baik,” katanya.

Katanya setiap tahun beliau  menjawab isu-isu sama seperti  kemiskinan. Isu MB Inc., dan mereka hanya tertumpu kepada isu itu sahaja.Beliau menganggap perbuatan mereka itu hanya strategi propaganda.

“Pihak kerajaan pula tidak diberikan ruang bagi membalas tomahan tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, juga mengenai isu MB Inc., Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid mempersoal niat sebenar Ngeh (dan Nga) mengenai MB Inc.

Beliau bertanya mengapa Koo Ham yang tidak senang hati dengan perdanan berkenaan walaupun pihak kerajaan negeri telah menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan berkaitannya.

Yang dihairankan ialah Ngeh sepatut gembira MB Inc., yang dihidupkan semula pada 2014, berjaya membantu kerajaan  meningkatkan hasil royalti pasir kepada 61 kali ganda.

“MB Inc  mengurangkan ketirisan pasir yang teruk sebelum ini . . . . pengusaha-pengusaha pasir haram yang mana mereka ambil tetapi tidak bayar kepada kerajaan negeri, tapi sekarang dah berjaya ditangani sehingga menjadi model kepada negeri-negeri lain.

“Saya lihat kenyataan akhbar dia (Ngeh) semalam katakan zaman dia dulu pengusaha-pengusaha pasir persendirian untung besar.

“Saya musykil, Sitiawan ini berkawan dengan pengusaha pasir di siang hari ke malam hari? . . . .berkawan dengan pengusaha pasir hari bekerja atau hari cuti? . . . atau pengusaha pasir yang ada lesen atau pun tidak ada lesen?,” beliau bertanya.

“Kenapa takut sangat dengan MB Inc? Adakah kerana kawan pengusaha-pengusaha “separuh masa” yang dikatakan Sitiawan tadi? Kenapa takut sangat….?,”

 “Soalan sama sentiasa ditanya dan walaupun kesemuanya telah dijawab oleh kerajaan negeri mengenai isu berbangkit namun dia (Sitiawan) masih lagi tidak pernah berpuas hati,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana