Selepas China,Arab Saudi…PM nak ‘jual’ Malaysia kepada India pula

Jumlahnya bukan sikit….AS$36 billion atau dalam mata wang ringgit RM158.4 billion.Itu nilai pelaburan yang diperolehi dalam lawatan enam hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India.

Daripada jumlah itu projek bernilai AS$32.13 bilion akan dilaksanakan di Malaysia manakala projek bernilai AS$3.86 bilion dilaksanakan di India.

Ini bermakna jumlah pelaburan yang masuk ke Malaysia jauh lebih banyak.

Kejayaan besar itu dicapai tidak lama selepas lawatan Perdana Menteri ke China pada November 2016 yang telah meraih pelaburan sebanyak RM144 billion.

Najib menyifatkan hasil lawatan beliau ke India sebagai amat berjaya.

Ditanya perbezaan dengan pelaburan dari China, Perdana Menteri berkata projek dari negara itu bersifat serta merta, misalnya projek pembinaan landasan kereta api Pantai Timur yang akan bermula Julai ini manakala syarikat-syarikat India terlibat dalam projek jangka panjang.

Ingat lagi betapa riuhnya puak sebelah sana dendangkan lagu kononya PM sudah jual borong Malaysia kepada China gara-gara kejayaan beliau tarik pelaburan RM144 billion.

Juga ..jangan lupa tak cukup setakat itu ada usaha untuk sabotaj pelaburan dari Arab Saudi dilakukan menjelang lawatan Raja Salman ke negara ini pada hujung bulan Februari lalu.

Gara-gara itu nyaris Malaysia terlepas pelaburan ekuiti membabitkan syarikat minyak kedua negara Aramco dan Petronas bagi penyertaan Aramco di projek Rapid di Pengerang Johor.

Namun setelah usaha sabotaj menerusi penyebaran maklumat palsu berjaya dipatahkan lawatan Raja Salman  menyaksikan pelaburan RM31 billion Aramco dalam projek itu.

Ia merupakan pelaburan terbesar dibuat oleh syarikat Arab Saudi di Malaysia.

Mungkin geram melihat kejayaan itu ada pula yang cuba gambarkan seolah Malaysia ‘jual’ seluruh kawasan projek rapid di Pengerang kepada Arab Saudi.

Ia telah mendorong Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menjelaskan pelaburan Aramco itu cuma melibatkan sebahagian kecil saja projek dalam keseluruhan kawasan Rapid itu.

Lawatan Presiden Perancis Francois Hollande pada hujung Mac juga menyaksikan pelbagai memorandum persefahaman (MoU) antara Perancis dan Malaysia.

Kedatangan bos Syarikat gergasi e-perniagaan China, Alibaba Group Holding Limited,Jack Ma ke Malaysia baru-baru ini juga memberi sinar kepada prestasi ekonomi Malaysia.

Jutawan internet yang terkemuka itu merancang untuk menubuhkan sebuah hab pengedaran serantau di Malaysia.

Hab itu akan dibina dalam kawasan Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebuah kawasan pembangunan dengan keluasan 9,995 hektar yang dikendalikan syarikat pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan dijangka menjana lebih RM7 bilion pelaburan tempatan dan asing.

Ia merupakan merupakan sebahagian dari Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang dilancar Perdana Menteri Malaysia semasa lawatan Jack Ma ke sini.

Kini antara memorandum persefahaman penting yang ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri ke India termasuklah pembangunan Projek Pelabuhan Pulau Carey dan bandar maritim bersepadu di Selangor yang bernilai kira-kira US$32 bilion.

 
Memorandum Perniagaan kepada Perniagaan Malaysia-India terdiri daripada:



1. Pembangunan usaha sama Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd (Malaysia) dan Adani Ports & Special Economic Zone Limited (India)



2. Pembangunan bandar maritim bersepadu bagi cadangan Projek Pelabuhan Pulau Carey di Selangor antara MMC Port Holdings Sdn Bhd & Sime Darby Property Berhad (Malaysia) dengan Adani Ports and Special Economic Zone Limited (India)



3. Projek Loji Kuasa Solar Terapung yang akan dipasang di Empangan Jana Kuasa Hidro Malaysia oleh Mutiara Etnik Sdn Bhd (Malaysia) dan Vatsaa Energy Pvt. Ltd (India)



4. Pembuatan, pengedaran, jualan, import dan eksport produk farmaseutikal dan perubatan antara Duopharma (M) Sdn Bhd, anak syarikat CCM Pharmaceutical Sdn Bhd and Natco Pharma Limited.



5. Memasar dan membekalkan produk Samtel Avionics ke pasaran Malaysia antara HPC Global Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Samtel Avionics Limited (India).



6. Mendapatkan produk berkualiti halal mencukupi untuk dihasilkan di Taman Halal ECER bagi pasaran Malaysia dan global antara Lotus Global Foods Sdn Bhd (Malaysia) dan Mirha Exports Pvt. Ltd (India)



7. Kerjasama pembangunan latihan antara Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PMSB) & ISDC (Malaysia) dan Interactive Institute of Job-Skills Pvt. Ltd. (India)



8. Projek Bangalore SMART City antara SkyBlue Media Sdn Bhd & PSL Venture Sdn Bhd & Drachen Welle Engineering Sdn Bhd (Malaysia) dan Bruhat Bengaluru Mahanagara Palike



9. Pengembangan Perniagaan di India antara Ingress Industrial (Malaysia) Sdn Bhd dan Sunvisors (India) Pvt. Ltd.



10. Menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi di peringkat Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda antara Binary University dan Loyola Institute of Business Administration Chennai



11. Projek Perumahan Lestari di India antara CIDB Holdings & NSL Infratech Private Limited



12. Projek Lebuh Raya di India antara CIDB Holdings & MEP Infrastructure Developers Limited



13. Projek Rawatan Teknologi Air dan Air Sisa antara CIDB Holdings dan VA Tech Wabag Limited



14. Projek Pinggir Sungai Yamuna di Delhi antara CIDB Holdings dan National Buildings Construction Corporation Ltd. (NBCC)



15. Pembinaan dan pembangunan projek prasarana mega antara CIDB Holdings dan Jaiprakash Associates Limited



16. Operasi dan penyenggaraan jana kuasa di India antara TNB Repair & Maintenance Sdn Bhd dan GMR Energy Limited



17. Projek terminal pengegasan semula dan simpanan terapung di Kakinada, Andhra Pradesh antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan Andhra Pradesh Gas Distribution Corporation



18. Membekalkan dan mengedarkan minyak sawit ke India antara Felda Global Venture Holding Berhad dan Trimex Industries



19. Memasarkan dan membekalkan produk Hyrax Oil ke pasaran India antara Hyrax Oil Sdn Bhd dan Lexicon



20. Pembangunan kilang Urea/Baja di Andhra Pradesh antara Isomeric Holdings Sdn Bhd dan VBC Fertilisers



21. Pertukaran hak filem antara Nation Film Studio & FITA Studio dan Modern Media Digitech India



22. Projek prasarana kereta api antara CIDB Holdings dan IRCON



23. Meneroka produk kualiti premium India yang menumpukan kepada e-pasaran antara Aladdin Group Sdn Bhd dan Verified Online



24. Membangunkan pelbagai pusat konvensyen pelbagai di seluruh India antara MRCB dan Adani Realty



25. Membina Kilang Memproses Kelapa di Bagan Datuk, Perak, antara GMIND Sdn Bhd (Malaysia) & Mezhukkattil Mills (India)



26. Mempromosikan manfaat kesihatan dan nutrisi minyak sawit kepada pengguna antara Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Mumbai Dabbawala Association (MDA)



27. Membangunkan dan menggunakan minyak sawit Malaysia antara MPOC dan Solvent Extractors' Association of India (SEA)



28. Menggalakkan pembangunan dan penggunaan minyak sawit Malaysia antara Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)d an Association of Food Scientists and Technologists (India) - Mumbai Chapter



29. Menggalakkan dan membangunkan hubungan ekonomi dua hala antara Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dengan Associated Chambers of Commerce and Industry (ASSOCHAM) di India



30. Bertukar-tukar pengalaman profesional berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan kepada perniagaan antara MAICCI dan Confederation of Indian Industry (CII)



31. Kerjasama bagi mengukuhkan kerjasama serantau dan meningkatkan integrasi ekonomi antara MAICCI dan Federation of Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI)


Kalau diimbas balik sewaktu awal lawatan ke India bila Perdana Menteri singgah dua hari di Chennai dan antaranya bertemu pelakon lagenda Rajinikanth ada juga yang cuba perlekeh tujuannya.

Sedangkan tujuan pertemuan itu adalah untuk mengundang pelakon terkemuka India itu buat lagi pengambaran di Malaysia setelah filem box-office Kabali dulu.

Bodoh sangat kalau tidak sedar ia satu usaha penting bagi memperkenalkan lagi Malaysia menerusi filem yang dilakonkan oleh seorang superstar selain menarik kedatangan pelancong dari India.

Nampaknya apa saja langkah baik kerajaan akan cuba diconteng dengan segala macam cara.

Jadi jangan hairan kalau dengar cakap Najib sudah jual borong Malaysia kepada India pula.

Bukankah seperti dakwa mereka Malaysia sudah diambang nak bangkrap.

Sedangkan seperti kata Perdana Menteri tidak mungkin orang nak datang berniaga di Malaysia kalau termakan dakyah kaki yang nak sabotaj ekonomi negara ini kerana nawaitu politik.

Di celah segala cabaran ini...usaha Najib untuk tarik pelaburan jalan terus.

Pada waktu yang sama kita juga melihat kedatangan pemimpin besar dunia silih berganti membuat lawatan ke Malaysia.

Ini yang bikin puak yang tidak senang duduk itu gigit jari memerah otak apa lagi yang nak 'tembak'.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment