Saranan Nik Abduh 'jangan jadikan Umno musuh sampai akhirat' tepat

Peringatan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz kepada ahli parti itu agar tidak terikut dengan rentak Amanah yang menganggap Umno 'musuh sampai akhirat', adalah bertepatan dari segi hukum dan rasional.

Penganalisis politik, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan menghukum atau melabel satu-satu pihak sudah dianggap mengambil hak Allah.

"Dari segi hukum, saya akan anggap mereka mahu ambil hak Allah, sebab bukan dalam tangan mereka untuk tentukan sesebuah parti itu terus dihukum baik, dihukum jahat dan sebagainya.

"Pada saya beliau (Nik Abduh) adalah manusia yang objektif dan mendapat pendidikan agama yang baik. 
"Pada saya beliau membayangkan satu pendirian supaya semua pihak bersikap rasional, jangan meletakkan agenda politik sempit mengatasi apa yang terbaik untuk agama dan kelangsungan umat kita," kata.

Semalam, Nik Abduh mengingatkan ahli PAS agar tidak berfikiran sempit yang melihat politik hanya berkisarkan antara Umno dan PAS sahaja, sebagaimana Amanah yang menganggap Umno musuh sehingga kiamat. 

"PAS pun anggap Umno ini sebagai musuh juga, tetapi musuh politik semasa. Selama mana Umno anti-Islam, mereka musuh kita. Tetapi bila Umno dekat pada agama, maka kita dekati mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di sini, semalam.

Dalam pada itu, Aidit menambah, kenyataan Nik Abduh juga menunjukkan pemimpin PAS itu menyedari bahawa pendirian Amanah adalah cerminan kepada pendirian DAP yang sekian lama menjadi seteru kepada mereka. 

"Kita kena faham, PAN (Amanah) jurucakap kepada DAP. Jadi yang akan menentukan apa nada, apa jawapan, apa lenggok yang nak dibawa, banyak ditentukan oleh DAP. 
"Lalu kekerasan yang PAN tunjuk itu datang daripada kekerasan DAP terhadap kepentingan yang didokong mana-mana pihak yang mahu kepada Islam dan kelangsungan umat Islam," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana