Sabarlah Mahfuz, kata PAN ulas PAS enggan anggap Mahfuz ahlinya lagi

Datuk Mahfuz Omar sudah lama dicap sebagai mangga 'harum manis', kulit hijau tapi isinya oren, warna yang sama dengan Parti Amanah Nasional (PAN).

Tidak hairanlah apabila tersebar PAS tidak lagi mahukan Mahfuz, yang cepat respon adalah Penasihat Umum PAN, Ahmad Awang.

"Bersabarlah Mahfuz," itu ulasan Ahmad Awang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut yang pernah jadi Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang tidak lagi menganggap Mahfuz sebagai ahli parti itu.

"Ketika kami (ahli PAN) memilih untuk bergerak dengan bahtera baru, beliau membuat keputusan untuk terus kekal bersama PAS kerana yakin masih ada sinar perubahan di situ.

"Malangnya muktahir ini, beliau sampai tahap tidak diakui sebagai ahli pemimpin tertinggi parti beliau sendiri," tulisnya di dalam laman Facebook.

Terdahulu, Mahfuz mengaku tidak dimaklumkan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-64 yang dijadualkan berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.

Mahfuz masih beranggapan muktamar tahun ini akan berlangsung pada Jun ini.

Bekas Naib Presiden PAS itu bagaimanapun mengaku beliau masih lagi ahli PAS dan menegaskan hanya akan hadir muktamar pada Jun ini.

Sementara itu, Ahmad Awang turut menegaskan bahawa beliau menghormati keputusan  Mahfuz dan masih lagi dalam keadaan baik dengannya.

"Kami menghormati keputusan beliau dan ukhuwwah tidak akan terpisah kerana perbezaan parti ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana