RUU355: KALAU MP PH PRO MAHATHIR TAK BUAT KACAU, PERBAHASAN DAH BOLEH MULA SEMALAM

BAGI penyokong Pakatan, sikap penentangan terang-terangan ditunjukkan oleh Ahli Parlimen pembangkang Pro Mahathir (baik Islam dan bukan Islam) di Parlimen semalam, bukanlah bukti jelas Pakatan menentang RUU355.  Pada monyet-monyet ini, keputusan kerajaan mengekalkan usul itu sebagai usul persendirian dan keputusan Speaker menangguh perbahasan sehingga Julai, adalah bukti UMNO sebenarnya yang menentang RUU355.
Bodoh!!  Yang terang-terang lawan (dianggap) sokong, yang serah pada PAS untuk bentang pulak (dianggap) menentang RUU itu.
Cakap pasal perbahasan yang ditangguh, hakikatnya, dari mula nak dibentangkan pada sebelah tengahari, Ahli Parlimen Pakatan pro Mahathir diketuai saudara rapatnya Lim Kit Siang, berterusan mengganggu dengan tujuan untuk menghalang Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang dari membentangkan usul tersebut.  Sehingga petang barulah usul Hadi dapat membentangkan usul itu dengan sempurna.
Selepas dibentangkan pun, MP Pakatan pro Mahathir masih menjerit-jerit macam beruk dalam zoo membantah usul tersebut sehinggalah Speaker tiada pilihan melainkan menangguhkan perbahasan usul itu sehingga Julai.
Ramai dikalangan rakyat Malaysia ini yakin (penyokong mahupun penentang RUU355), kekecohan itu telah dirancang dan diluluskan oleh Mahathir selaku penasihat Pakatan.  Sudah tentu sebagai penasihat Pakatan, Mahathir adalah mastermind di sebalik penentangan terhadap RUU355 ini sekalipun sejarah menunjukkan ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, undang-undang ini pernah dipinda sekurang-kurangnya sekali.
Tiba-tiba pulak Mahathir, bersama-sama saudara-sadara barunya dalam Pakatan menganggap RUU355 ini adalah undang-undang baru dan menjadi pemula kepada perlaksanaan hudud.  Terang-terang nak kelirukan rakyat.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment