RUU355: ANTARA USUL PERSENDIRIAN DAN USUL KERAJAAN PUN TAK FAHAM....BANGGANG PUAK PH NI

Bergegak gempita lah sekelian alam, apabila Barisan Nasional memilih untuk tidak membawa usul RUU355 sebagai usul kerajaan. “Tarian a-go-go” di media sosial, oleh sekelian “haters” Barisan Nasional, dengan keputusan terbaru berdasarkan apa yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tertinggi BN malam tadi
Lantas, ia menerbitkan tuduhan-tuduhan seperti Barisan Nasional halang memperkasakan hukum syariah, Barisan Nasional menolak hukum Islam, serta tidak kurang pula yang berusaha bersungguh untuk menggambarkan kononnya PAS telah diperdaya oleh Barisan Nasional dalam isu tersebut.
Benarkah begitu? Apa yang kita faham tentang keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional?
Sejauh mana kita mengetahui tentang usul di Parlimen?
Kepada yang mengikuti perkembangan RUU355, tentu perasan setiap kali membicarakan tentang usul RUU355, ia disebut “usul persendirian”. Maka, kita perlu ketahui bahawa di parlimen, ada dua jenis usul; usul kerajaan dan usul persendirian.
Apa yang diputuskan oleh BN ialah tidak membawa usul pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan. Maka, ia akan kekal sebagai usul persendirian, dan akan dibawa dan dicadangkan oleh YB Marang, di bawah peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.
Oleh yang demikian, tidak seharusnya timbul tuduhan dan dakwaan seperti di perenggan dua. Tiba waktunya, Hadi Awang akan tetap membentangkan usul tersebut mengikut peraturan Dewan Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Orang bertakbir, korang ber “take beer”, mana nak faham!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana