RUU 355 BERJAYA MENONJOLKAN WATAK SEBENAR DAP KEPADA KITA

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 adalah suatu Akta untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri bagi maksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syarak.

Akta ini bertujuan untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa berkaitan hukuman kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri dalam hal berkaitan undang-undang Islam.

Bukan kali ini pindaan RUU355 telah dilakukan, malam sebelum ini peristiwa pindaan telah dilakukan pada tahun 1964, pindaan RUU355 1984 dan Pindaan RUU355 1989. Kesemua pindaan yang telah dilakukan itu dilakukan di Parlimen dan telah dibentangkan dengan keadaan aman dan harmoni tanpa ada sebarang kejadian bantahan.

Pembentangan ini berjalan dengan lancar dan aman seterusnya RUU 355 Syariah pada kedua tahun itu telah dapat diluluskan dengan jayanya tanpa apa pun tentangan dari pihak pembangkang yang bukan beragama Islam.

Mengapakah pada ketiga tahun tersebut pembentangan RUU dapat dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Ini adalah kerana DAP telah mempunyai kekuatan yang datangnya dari segolongan pemimpin Melayu yang menyokong dasar DAP.

Sekali gus dengan sokongan ini DAP tidak bersendirian dalam melakukan penentangan dan DAP boleh memberikan alasan yang kukuh dimana tentangan ini datangnya dari pem,impin Melayu yang ada bersama DAP dan mewakili sebilangan tuntutan rakyat.

Lihat lah betapa liciknya permainan DAP untuk mempergunakan orang Melayu sebagai bentng untuk menghancurkan Islam sekali gus melakukan penghinaan terhadap penganut Agama Islam.

Pada tahun 2017 ini RUU355 pindaan kali yang keempat telah dibentangkan di Parlimen oleh Ahli Parlimen Marang yang mana telah mendapt tentangan hebat dari DAP yang mana sebelum ini mendiamkan diri pada pindaan sebelum unu.

Tentangan ini dilakukan oleh pemimpin DAP dan pembangkang dikalangan Merlayu liberal didalam Pakatan Harapn amat sedar dan amat memahami dengan jelas apa yang terkandung didalam Perlembagaan Malaysia yang mana menyebut Islam itu adalah agama persekutuan.

Pembentangan RUU355 telah mendapat tentangan hebat dari pemimpin pembangkang DAP dan juga PAN yang bersungguh-sungguh untuk menghalang ianya dibentangkan.

Pemimpin Melayu pembangkang yang membantah secara jelasnya mereka adalah pendokong dasar memijak Islam yang menjadi amalan DAP. Dasar DAP sebuah parti anti Islam dan sedang cuba untuk mengelirukan sebanyak mungkin orang Melayu dalam usul pindaan yang dibentangkan ini agar ianya terbatal.

Sepatutnya mereka Pemimpin Melayu Islam didalam Pakatan Harapan menasihati DAP dan menerangkan serta mempertahankan apa yang ingin disampaikan dan dibentangkan tiada mempunyai kaitan dengan DAP serta kaum lain.

Tetapi atas nama politik, kuasa dan wang ringgit pemimpin DAP terus menjolok pemimpin Melayu Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan penentangan terhadap memperkasakan perundangan syariah Islam dalam Negara ini.

Dalam soal ini Kit Siang telah memainkan isu agama dan perkaumannya secara jelas dan tidak berselindung lagi. Sikap anti Islam dan anti melayu telah ditunjukkan dengan sejelasnya . Ini lah cerminan wajah DAP yang sebenarnya yang mana sebelum ini mereka

Kebencian ini turut dikongsikan oleh pemimpin Melayu Islam yang lain.Jika tidak masakan mereka bersama DAP terus menerus merestui penghinaan dan penentangan dilakukan terhadap Islam dan bangsa Melayu.

Sebagaimana biasa nya Kit Siang akan bersuara menyatakan beliau seorang yang berpendirian, berprinsip dan bukan bersifat perkauman untuk menyembunyikan kesalahan diri beliau dan partinya ditutup dan disembunyikan daripada diketahui umum.

Semasa PAS bersama DAP untuk digunakan sebagai “hamba undi” telah disokong sepenuhnya malah kehadiran PAS didalam Pakatan Harapan dilihat pelengkap gabungan Pakatan Harapan.

Namun setelah guna tenaga PAS dikerah didalam banyak perhimpunan demokrasi dan DAP banyak memenangi kerusi pilihanraya, PAS terus diusir dengan cara yang paling hina.

Jika kita imbas kembali , suatu ketika dahulu, Setiausaha Organsasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pernah menyatakan kepada pengundi sebelum PRU 13, tiada apa yang perlu dikhuatirkan mengenai undang-undang hudud jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.

Anthony Loke pernah berkata jika anda tidak takut dengan hukuman mati di Malaysia kerana tidak melakukan sebarang kesalahan untuk dihukum mati mengapa perlu bimbang dengan potong tangan dan kaki.

Tetapi kini DAP bertukar pendirian dan kini menyerang RUU 355 yang mencadangkan peningkatan hukuman syariah untuk orang Islam dengan penambahan hukuman sebatan. Tindakan DAP adalah disebabkan oleh sikap tidak sedarkan diri yang diamalkan didalam parti tersebut.

Lim Kit Siang turut menyatakan, seruan Hew Kuan Yau kepada masyarakat untuk menggunakan Melayu bagi menjahanamkan Melayu sebagai sesuatu yang seronok dilihat, adalah tidak berunsur perkauman langsung dan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap Kuan Yau.

DAP turut menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rasis apabila membuat kenyataan pada PRU13 berlaku tsunami Cina dan kerajaan akan berusaha keras untuk memenangi mereka semula.

Sebelum PRU13, Lim Guan Eng juga menandatangi secara bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengisytiharkan yang PAS mempunyai hak untuk menegakkan agenda Negara Islam tetapi hari ini, DAP adalah musuh utama PAS kerana PAS mahu melaksanakan hak mereka

Bagi pemimpin Melayu pakatan pula mereka menentang segalanya berkaitan Islam termasuk Mahathir dan Aziz Bari yang mana menyifatkan bahawa RUU adalah permaianan politik semata mata.

Sedangkan Agama Islam itu tinggi martabatnya dan seharusnya ada bentuk undang2 diatas sesabuah Negara yang tertulis demi untuk menjaga kedaulatannya.

Melihat kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Melayu didalam DAP ini lebih bergembira jika khalwat, zina, hubungan sejenis, dan melakukan maksiat oleh orang Islam dimana mana sahaja tanpa diambil tindakan.

Pemimpin Melayu pembangkang genbira apabila Islam itu dilihat sebagai sampah dan tiada bentuk perundangan dilaksanakan , sedangkan satu ketika dahulu ada pemimpin DAP yang menghina Solat, Azan, Tilawah Al Quran dan banyak lagi. Adakah mereka ini beragama Islam?

Persoalan ini seharusnya dijawab dengan penuh keilmuan oleh pembaca semuanya. Apakah Islam itu mesti ditong sampahkan dan terus mengamalkan kemaksiatan oleh orang Islam tanpa ada satu bentuk perundangan bertulis yang dikenali dengan Akta Syariah untuk menjaga kesucian Islam itu sendiri?

Persoalan keduanya , Apakah sebab Pemimpin Melayu Pakatan beragama Islam sehingga tidak mahu memperkasakan perundangan Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana