RUMAH BERHALA: TERJERUT LEHER MULA SALAHKAN ORANG LAIN...INILAH CARA PEMBANGKANG

Bila kena batang hidung sendiri pandai plak ulasan ulasan bodoh tu....kononnya setiap manusia ada kesilapan yang dilakukan...senang saja yer.Itulah pembangkang susah dan kena batang hidung sendiri.

DAP Selangor hari ini berkata, exco kerajaan negeri Teng Chang Khim tidak perlu meletakkan jawatan berhubung garis panduan tempat ibadat bukan Islam kerana “manusia melakukan kesilapan”.

Ia juga membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahli DAP Selangor termasuk pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari untuk membantu Teng membetulkan perkara yang ‘sensitif’.

“(Teng) tidak mencuri wang dari tabung kerajaan negeri dan tidak menyalah gunakan kuasa untuk memberi manfaat kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pemaju,” kata Ketua DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataan.

“Manusia melakukan kesilapan tetapi apa yang paling penting adalah langkah segera sedang diambil untuk memastikan kesilapan ini diperbetulkan setelah mengetahuinya.

“Tiada siapa yang menderita atau dikenakan hukuman oleh garis panduan tempat ibadat bukan Islam yang baru,” kata Pua.

Teng hari ini menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai tindak balas ke atas garis panduan negeri yang antara lain menyebut bahawa tempat ibadat bukan Islam tidak boleh dibina dalam 50 meter dari rumah yang dimiliki oleh orang Islam.

Teng berkata, beliau telah memohon pindaan kepada garis panduan sebelum ia dicetak, tetapi pindaan tersebut tidak dilakukan.

Ianya kekal sebagai satu kesalahan besar. Sesuaikah rumah berhala dibina berdekatan dengan kediaman orang Islam?

Dan apabila terjerut leher sendiri mula menyalahkan orang lain – itulah pembangkang Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana