RASUAH AMK AMPANG: BUKTI RAFIZI DEDAH ‘RASUAH’ KERANA POLITIK, BUKAN KERANA ALLAH

DAKWA Rafizi, dia mendedahkan perihal rasuah di Malaysia ini kerana Allah swt sedangkan hakikatnya yang sebenarnya, tidak ada satu pun bukti rasuah membabitkan mana-mana individu pernah dibuktikan oleh Rafizi di negara ini, malah dia disaman banyak kali pulak lagi kerana menuduh orang lain mengambil rasuah/menyelewengkan duit.

Itu realitinya.

Lagipun, setakat ini nampaknya Allah swt tidak ada kena mengena dengan ‘pendedahan’ yang dibuat Rafizi kerana sotong lembut ini hanya menumpu perihal dianggap rasuah hanya membabitkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN saja (itupun tak lekat), bila yang kena pada batang hidungnya sendiri seperti dalam kes berkaitan rasuah membabitkan Ketua AMK Ampang hari ini, Rafizi lesap entah kemana.

Kalau kerana Allah swt, tidak kiralah BN ke, UMNO ke, PKR ke, Rafizi akan dedahkan, betul tak?  Bukan pilih yang tak sehaluan dengan politik dia saja untuk di dedah, apa lagi babitkannya dengan Allah swt.

Rakyat kena ambil ini sebagai tauladan bahawa pemimpin Pakatan tidak akan segan silu guna nama Tuhan untuk mewajarkan tindakan mereka.  Bab rasuah baru ingat Allah swt – itupun berdasarkan faktanya banyak tak betul.  Kena bab menyokong peliwat sebagai calon Perdana Menteri dan sebagainya, Allah kemana, dia kemana.

Apa pun, penulis nak ambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada Dato Sri Jamal Yunus kerana pendedahannya mengenai kekayaan luar biasa orang PKR ini, berjaya akhirnya membuahkan hasil.  Ramai orang terlupa bahawa ia adalah Jamal yang terlebih dahulu membuat pendedahan ini, bukan media atau mana-mana pihak.

Sedangkan si Rafizi, dedah macam banyak, dokumen macam berlambak tapi diakhirnya, apa pun takdak.  Jamal baru dedah satu, terus gari melekat kat tangan.  Hebat tak hebat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana