Rasuah : Adun DAP Terduduk Diam Isu Guan Eng

DAP Selangor akhirnya terduduk selepas dilihat cuba menjadi hero dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila memperkatakan mengenai rasuah yang berlaku dalam kalangan pemimpin UMNO, akhirnya terduduk apabila diajukan pertanyaan oleh ADUN Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak mengenai kes yang dihadapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

ADUN DAP Kampung Tunku, Lau Weng San ketika perbahasannya menyebut perbuatan rasuah yang dilakukan seorang bekas anggota Exco Kerajaan Johor berjumlah berjuta ringgit dan barangan berjenama yang dimilikinya.

Bagaimanapun, rakan sejawatannya, ADUN DAP Sungai Pinang Teng Chang Khim bangun membaca peraturan mesyuarat bahawa kes yang dibicarakan di mahkamah tidak boleh disentuh dalam mana-mana perbahasan di DUN.

Namun, Weng San masih berdegil dan meneruskan juga ucapan perbahasannya yang berkaitan dengan bekas Exco Johor itu, sehingga Sulaiman bangun mencelah, bertanyakan kenapa Guan Eng tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri walaupun kesnya sudah disebut di mahkamah.

Weng San cuba berdalih dengan mengatakan, beliau ketika ini sedang membahas ucapan terima kasih serta menjunjung kasih titah Sultan Selangor dan tidak boleh mengaitkan kes Guan Eng yang berlaku di Pulau Pinang.

Mendengar jawapan itu, Sulaiman bertanyakan sekali lagi kepada Weng San, apakah beliau sedar kes bekas Exco Johor yang disebutkan itu juga berlaku di luar Selangor.

“Saya mahu Kampung Tunku jawab kes rasuah Guan Eng, bukan memberi alasan ia di luar Selangor, sedangkan kes rasuah seorang bekas Exco Johor itu juga berlaku di luar Selangor.

“Jangan cakap tak serupa bikin. Kalau pemimpin dalam parti sendiri pun lakukan rasuah, tidak perlu nak cakap kamu sedih dengan gejala rasuah (dalam UMNO),” ujar Sulaiman.

Bagaimanapun, tercabar dengan sindiran Sulaiman, ADUN Kampung Tunku itu mencabar agar ADUN Permatang juga mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

“Kenapa pula dengan Perdana Menteri?” tanya Sulaiman.

“Sebab wang sejumlah RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya,” balas Weng San.

“Tapi itu sangkaan jahat. Ia hanya sekadar tuduhan. Tidak ada pendakwaan ke atasnya,” jawab Sulaiman, yang kemudian cuba ditenangkan oleh Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah.

Weng San yang masih tidak berpuas hati atas desakan Sulaiman serta beberapa wakil rakyat BN yang menyebut mengenai kes rasuah Guan Eng, cuba mempertahankan perbahasannya sehingga tidak dapat menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepadanya.

Mohd Shafie kemudian mencelah dengan mengingatkan Weng San agar menghabiskan perbahasannya sebelum jam 1 tengah hari dan tidak akan diberi peluang untuk menyambung ucapannya pada sesi jam 2.30 petang nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana