RAMAI YANG KELUAR PARTI PPBM....AHLI PPBM TAHU KEKALAHAN YANG DITERIMA NANTI

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa berlaku kepincangan dalam pengurusan parti, lebih-lebih lagi ketika ia dilanda isu-isu dalaman.

Mengambil contoh pengguguran Anina Saaduddin daripada jawatan sementara Ketua Srikandi PPBM yang menjadi kontroversi tidak lama dahulu, Kamarulazman menyifatkan wanita berkenaan menjadi mangsa kepada perebutan kuasa di dalam PPBM.

"Anina merupakan orang pertama menjadi mangsa politik, perebutan kuasa dalam PPBM. Malangnya nasibnya tidak terbela. Saya merasakan sepatutnya Ainina ditangani secara baik, rasional, bermusyawarah, namun ia tak berlaku.

"Saya lihat banyak perkara diputuskan di dalam PPBM dibuat oleh beberapa orang sahaja," ujarnya.

Sebelum ini 'pelucutan' jawatan Anina sebagai Ketua Srikandi PPBM menjadi kontroversi apabila beliau didakwa disingkirkan daripada memegang jawatan itu selepas dikaitkan dengan dakwaan mempunyai hubungan intim dengan bekas pembantunya.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan soal pengguguran jawatan di dalam parti adalah satu perkara biasa, malah Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Anina gagal mencapai sasaran yang ditetapkan parti.

Anina kini kekal sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM.

Kamarulazman terlebih dahulu mengadakan sidang media mengumumkan tindakannya keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman yang membabitkan PPBM, dan melepaskan kesemua jawatan yang dipegangnya dalam parti itu.

Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas awal PPBM.

Sementara itu dalam masa yang sama, Kamarulazman juga hairan bagaimana pimpinan parti seolah ambil mudah dalam soal rundingan kerjasama PPBM dengan pembangkang, termasuk Pakatan Harapan (PH).

"Saya sangat tidak berpuas hati apabila keputusan menghantar wakil daripada PPBM untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen PH, adalah terdiri daripada mereka yang sama setiap kali dalam apa sahaja urusan.

"Sedangkan mereka yang dihantar itu adalah yang tidak mempunyai kebolehan dalam perbincangan, diplomasi," tegasnya.

PPBM pada Mac lalu menyertai PH bagi menguatkan barisan pembangkang untuk mendepani Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

PPBM terlebih dahulu mengadakan rundingan bersama PAS bagi membentuk kerjasama politik, namun ia menemui jalan buntu selepas parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tegas dengan pendirian enggan menjalin hubungan dengan mana-mana parti yang berbaik dengan DAP dan Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana