RAKYAT DITIPU PH : SELEPAS NAIKKAN 100% CAJ AIR, MAHU TERUSKAN GST PULA

HARI ini kalau jumpa macai Pakatan dan bercakap tentang kos sara hidup, sudah tentu berdulang-dulang makian dapat ke BN sebab dah sebatii dalam kepala puak-puak ini, BN menaikkan kos sara hidup dengan memperkenalkan GST sementara Pakatan ‘akan’ menurunkan kos sara hidup dengan menghapuskan GST.

Pendek kata, Pakatan mengajar macainya bahawa GST (6%) ni ibu segala masalah walaupun hakikat sebenarnya GST adalah sistem percukaian yang menggantikan SST (10%).

Tapi banyak perkembangan selepas itu menunjukkan Pakatan tidak pun bercadang untuk menghapuskan GST. Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar Kedah pernah mencadangkan GST dikurangkan kepada 3%, Azizah pernah berkata akan menjadikan GST kepada 0% (undang-undang berkaitan GST itu bagaimanapun tidak dihapuskan) dan terkini, Izzah pula mengesahkan lebih kurang apa yang dicakapkan Azizah cuma GST akan diteruskan kalau Pakatan memerintah cuma dengan peratusannya yang dikurangkan.

Setakat yang penulis tahu, macai pembangkang kempen GST akan dihapuskan kerana menyebabkan “kesengsaraan” kepada rakyat, bukan dikurangkan peratusannya. Ironinya, kenyataan Izzah ini dibuat tak lama selepas DAP Pulau Pinang menaikkan surcaj air hampir 100% – Pakatan akan menurunkan kos sara hidup lah sangat.

Apapun, inilah bukti yang selalu dikatakan kita bahawa GST ini tidak menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat seperti yang dikempenkan Pakatan, tapi sekadar nak jadikan sebab untuk naikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan sedia ada sahaja – tak lebih tak kurang.

Sama macam BR1M jugaklah, daripada rasuah kepada bukan rasuah, malah Mahathir pun beberapa kali membuat pusingan U dalam isu itu sahaja.

Pendek kata, kenyataan terbaru ini membuktikan bahawa tidak ada rakyat yang hidup sengsara kerana GST atau Pakatan tidak akan meneruskannya dengan peratusan yang lebih kurang – turun 1% kepada 5% pun, kurang jugak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana