Rafizi Nafi Terima Wang Ahli Perniagaan...TUnggu Saja Nanti Orang Akan Bongkar Kejahatan Diri Dia Nanti

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau menerima wang daripada ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, yang didakwa dalang kepada kejatuhan pasaran saham pada 2013 di Singapura.

Rafizi menandatangani akuan bersumpah berhubung perkara tersebut, yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini, Jumaat.
"Saya di sini menafikan menerima walau satu sen pun dalam individu sama ada Jon atau Soh atau John Soh atau Soh Chee Wen," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, akuan bersumpahnya sebagai respons terhadap dakwaan yang dibuat penulis blog, Raja Petra Kamaruddin dan bekas Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard bahawa beliau dan beberapa pemimpin PKR menerima dana daripada Chee Wen dengan jumlah keseluruhan hampir RM26 juta.
Rafizi berkata, beliau membuat pengisytiharan dalam akuan bersumpah itu berhubung semua pendapatan, aset dan liabilitinya sejak 2010.

Menurut Rafizi, beliau menandatangani akuan bersumpah itu sebagai respons kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang mencabarnya untuk berbuat demikian kerana mendakwa bekas timbalan presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima wang daripada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

PAS dalam satu kenyataan pada Khamis menafikan ia mempunyai kaitan dengan dakwaan wang yang diterima Nasharudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana