RAFIZI NAFI TERIMA JUTAAN RINGGIT SEPERTI DIDAKWA RAJA PETRA...INI KENA ISTIHAR HARTA JUGAK NI

 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini tampil dengan sebuah lagi akuan berkanun menafikan tuduhan blogger Raja Petra Kamarudin dan seorang bekas aktivis PKR, yang beliau menerima wang dari ahli perniagaan Datuk John Soh Chee Wen.

“Saya menjemput mana-mana pihak untuk membuat laporan polis menyiasat saya sekiranya penafian saya tidak menerima wang dari John Soh dalam Akuan Berkanun ini adalah tidak benar, atau sekiranya mana-mana kenyataan saya di dalam mana-mana Akuan Berkanun sebelum ini adalah tidak benar,” kata Rafizi, sehari selepas pendedahannya semalam mengenai wang berkait 1MDB yang mengalir ke dalam akaun seorang bekas pemimpin PAS.

Raja Petra pada 8 April mendakwa Soh, yang kini ditahan pihak berkuasa Singapura yang menyiasat peranan beliau dalam kejatuhan pasaran saham pada 2013, pernah menyalurkan berjuta-juta ringgit kepada Rafizi dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, di samping beberapa pemimpin kanan PKR lain.

“Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM6 juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM20 juta,” tulis Raja Petra dalam laman blognya, Malaysia Today minggu lalu.

Raja Petra juga mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal Free Malaysia Today turut menerima wang daripada Soh.

“Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.

“Di sebalik semua itu, Free Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 Juta seperti mana The Malaysian Insider menerima RM13 Juta dari Tong Kooi Ong, juga Ho Kay Tat iaitu penerbit kumpulan The Edge Media Group,” katanya.

Rafizi berkata beliau tidak mendapat “satu sen pun” daripada individu bernama “John atau Soh atau John Soh atau Soh Chin Wen”.

“Saya telah mengisytiharkan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan saya secara terperinci di dalam akuan-akuan berkanun yang dibuat dalam tahun 2015 dan 2016 yang menunjukkan kedudukan harta dan pendapatan saya sejak tahun 2010 lagi,” kata Rafizi dalam akuan berkanunnya hari ini.

Dakwaan Raja Petra, penyokong pembangkang yang kini pengkritik utama Pakatan Harapan, dibuat beberapa hari selepas Rafizi berjanji mendedahkan orang kanan PAS yang pernah mendapat sebahagian daripada wang berkait 1MDB yang didakwa mengalir masuk ke dalam akaun milik Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Rafizi menunaikan janjinya menerusi akuan berkanun, menamakan individu itu Datuk Nasharudin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS, yang menurutnya menerima sejumlah wang berkait 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana