RAFIZI GUNA ‘HEARSAY’ KAITKAN PAS DENGAN DANA 1MDB? – KHAIRUDDIN

Maklumat yang diperoleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai, demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Malah beliau mempersoalkan bagaimana sumber yang kabur ini, berdasarkan ‘hearsay’ (dengar cakap), dijadikan ‘fakta’ tuduhan Rafizi, sehingga mengaitkan PAS dan bekas Timbalan Presidennya, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

“Bekas pegawai tersebut menyebut bahawa beliau “merasakan” pernah melihat sekeping cek dalam fail seorang peguam “seimbas lalu” sahaja yang “dirasakan” mempunyai nama seseorang yang pernah ada kaitan dengan PAS.

“Semuanya hanya bersifat maklumat lisan tanpa sebarang dokumen dan sebarang evidence.

“Bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan?

“Seterusnya disebarkan pula ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya?,” soal Khairuddin dalam satu kenyataan media lewat petang tadi.

Khairuddin turut mendedahkan bahawa beliau bersama beberapa pemimpin PAS yang lain ada berjumpa dengan bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan maklumat berkenaan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun menurut Khairuddin, tiada sebarang pendedahan dibuat, mengenai perjumpaan berkenaan kerana tidak memperolehi bukti kukuh sehingga ke hari ini.

“Sekiranya bekas pegawai SPRM yang dirujuk beliau (Rafizi) sebagai sumber tuduhan beliau adalah orang sama yang saya dan beberapa pemimpin PAS temui sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan berkaitan siasatan isu 1MDB, maka jelas bahawa Rafizi agak bermasalah dalam menilai maklumat yang disampaikan kepada beliau.

“Berulang kali saya minta dibuat pengesahan nama. Beliau hanya menyatakan hanya melihat sepintas lalu sahaja. Justeru kami meminta beliau membuat pengesahan dan mendapatkan kembali fail tersebut. Beliau berjanji untuk mengusahakannya walaupun agak sukar kata beliau kerana fail tersebut bukan lagi berada pada tangan beliau,” demikian memetik kenyataannya.

Khairuddin berkata bekas pegawai kanan SPRM berkenaan masih gagal untuk membekalkan segala maklumat yang diperlukan pihaknya.

Terdahulu, Nasharudin yang didakwa menerima sejumlah wang daripada Datuk Seri Najib Razak, menerusi 1MDB pada petang tadi menjawab pertuduhan Rafizi.

Beliau menafikan menerima sebarang bentuk dana, malah menyifatkan ia sebagai fitnah terhadap dirinya dan PAS.

Nasharudin juga membayangkan akan menyaman Rafizi atas tuduhan berkenaan, di samping bersedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana