Rafizi Gesa Nasharudin Isytihar Aset....Rafizi Ini SUdah Meroyan Kot

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengalu-alukan sebarang langkah yang dibuat Datuk Dr Nasharudin Mat Isa untuk menyaman beliau kerana memfitnah tetapi pada masa sama menggesa bekas timbalan presiden PAS itu mengisytiharkan asetnya.

"Jika beliau ingin menyaman saya, saya akan menunggu beliau di mahkamah.
"Saya ada beratus-ratus soalan yang akan ditanyakan kepada beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan berkata, sementara menunggu proses saman yang mungkin memakan masa, Nasharudin disarankan membuat akuan berkanun mengisytiharkan semua harta, pendapatan dan sumbangan kepada beliau secara peribadi serta semua organisasi dan mana-mana projek lain.

"Beliau juga perlu perincikan di dalam akuan berkanun bagaimana harta, pendapatan dan sumbangan ini dibelanjakan dan kepada siapa wang yang disumbangkan kepada beliau dibelanjakan," kata Rafizi.

Naib Presiden PKR itu sebelum ini mendakwa Nasharudin yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) menerima dana daripada SRC International Sdn Bhd yang dahulunya adalah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nasharudin bagaimanapun menafikan dakwaan itu sambil menyifatkannya berniat jahat terhadap beliau dan PAS.

Tambah Nasharudin, beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selain mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment