RAFIZI GELOJOH BUAT TUDUHAN, PERCAYA KEPADA SUMBER ‘CAKAP DENGAR’ – PAS

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli terlalu gelojoh dalam membuat tuduhan mengaitkan Pas dengan dana 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) demi kepentingan politik beliau yang sempit sehingga bertindak di luar etika selaku Ahli Parlimen Pandan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan Rafizi itu lebih bersifat tuduhan dalam konteks berniat jahat, memalitkan isu tersebut kepada Pas dengan bersandarkan ‘cakap dengar’ sahaja tanpa pembuktian.

“Orang yang dituduh (oleh Rafizi) pula tiada lagi kaitan dengan Pas. Jika ada kaitan sekalipun apa bukti sebarang transaksi kewangan kepada Pas daripada individu yang dituduh itu.

“Semuanya hanya bersifat sangkaan untuk mencipta persepsi jahat. Betapa ramai rakyat Malaysia yang jatuh berdosa menyebarkan tuduhan kerana ia dicetuskan oleh seorang bergelar YB (Yang Berhormat).

“Rakyat boleh menilai betapa gelojohnya Rafizi membuat tuduhan berasaskan cakap dan dengar daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai individu yang dijadikan sumber kepada Rafizi berhubung isu ini, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, pegawai SPRM berkenaan juga menganggap pembangkang sebagai ‘bodoh’.

“Ini kerana pembangkang dikatakan memfokuskan kepada 1MDB yang tiada bukti yang kukuh (kerana tiada penyiasatan terperinci) sedangkan bukti yang boleh disiasat menurut penyiasatan mereka adalah melibatkan SRC International. Itu pandangan beliau.

“Justeru, saya menyeru Rafizi untuk segera bertaubat kepada Allah daripada dosa merosakkan nama seseorang dengan tuduhan palsu dan tuduhan yang tidak mempunyai asas yang jelas dan kabur,” katanya.

Tambahnya, tuduhan Rafizi itu juga katanya, ada kaitan dengan usul Rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana