RAFIZI BAKAL DISAMAN FITNAH LAGI, KALI INI OLEH USTAZ NASHA?

Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan menerima sebarang bentuk dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagaimana dituduh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan menyifatkanya sebagai fitnah terhadap beliau dan PAS.

Nasharuddin membayangkan kemungkinan menyaman Rafizi di atas tuduhan-tuduhannya itu.

“Dengan merujuk kepada kenyataan Sdr. Rafizi Ramli bertarikh 13.4.2017, saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak ada kaitan dengan diri saya malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya dan PAS.

“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada Antarapos.

Justeru beliau bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu sebarang siasatan manakala peguamnya diarah mengambil tindakan yang wajar terhadap Rafizi.

“Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM,” kata Nasharuddin.

“Bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat,” tegas beliau.

Rafizi hari ini membuka laporan kepada SPRM, sehari selepas menamakan Nasharuddin sebagai individu yang menerima dana 1MDB dan mempersoalkan sama ada ia disalurkan untuk melembutkan pendirian PAS terhadap isu-isu yang membelenggui kerajaan, termasuk kewangan 1MDB.

Beliau mendakwa memperolehi bukti itu daripada seorang bekas pegawai kanan SPRM yang terbabit secara langsung dalam siasatan kewangan 1MDB.

Rafizi berkata pucuk pimpinan PAS bertanggungjawab memastikan parti itu tidak menerima sebarang dana 1MDB dengan mengambil kira pertalian Nasharuddin dengan pemimpin PAS.

“PAS perlu kembali semak pastikan tidak ada 1 sen pun wang 1MDB kerana rapatnya Dr Nasharudin Isa dengan tokoh-tokoh yang masih mahu menggabungkan Umno dan PAS,” kata Rafizi semalam.

Bagaimanapun rata-rata pemimpin-pemimpin PAS bingkas menolak dakwaan Rafizi dengan menegaskan Nasharuddin tidak lagi aktif dalam PAS setelah beliau tewas pada pemilihan parti tahun 2011.

Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar Rafizi kerana cuba memberi gambaran parti itu disogok wang supaya tidak lantang memperjuangkan isu penyelewengan dalam 1MDB.

“Tengoklah laporan-laporan di dalam surat khabar, tentang sikap kami terhadap 1MDB. Lepas itu buat telahan pula lagi sekali hari tu suruh Hadi Awang sebut pasal 1MDB. Tak elok sikap dia itu,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata peguam-peguam PAS akan menasihati parti itu tentang tindakan yang bakal diambil bersabit tuduhan Rafizi itu yang membabitkan kepentingan parti.

“Ini pendedahan kosong, ada kecenderungan mahu burukkan PAS. Dari segi (mengambil) tindakan undang-undang tu terpulang kepada peguam kita,” kata Tuan Ibrahim. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana