PPBM terpesong perjuangan asal...Apa Tidaknya Giler Kuasa dan Kroni

Bekas Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengisytiharkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan berkuat kuasa serta-merta, bertindak demikian ke­rana merasakan PPBM sudah menyimpang daripada perju­angan asalnya.

Beliau mendakwa, matlamat PPBM sebenarnya mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berebut jawatan dalam parti.

“Secara jujur saya agak kabur dengan perjuangan PPBM. Saya ingin melihat agar haluan negara dibincangkan demi kesejahte­raan rakyat tapi ia tidak berlaku,” katanya menerusi dalam satu klip video, di sini hari ini.

Kamarul Azman meletakkan jawatannya sebagai Ketua Penaja PPBM Teluk Kemang, Setiausaha Kerja PPBM dan Ahli Majlis Ter­tinggi PPBM serta menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Sembilan berkuat kuasa serta-merta pada 19 April lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga bimbang dengan tindak-tanduk segelintir ahli PPBM yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan bersandarkan fakta tidak sahih dan fitnah.

“Saban hari, kita disajikan dengan politik kebencian. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sa­yangkan negara. Kita tidak boleh sama sekali sabotaj negara kerana ia akan melibatkan kehidupan jutaan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Kamarul Az­man berkata, beliau juga hilang keyakinan terhadap kepimpinan PPBM yang didakwa semata-mata mahu merebut kuasa dan kedudukan.

“Apabila saya bercakap benar ada yang terasa singgung dengan apa yang saya utarakan. Ini termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden. Ada juga yang menuduh saya tidak pandai berpolitik sedangkan takrifan pandai berpolitik itu sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif se­perti berbohong, memfitnah dan berlagak bodoh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana