POLITIK PAN SUDAH TAKUTTTT!!!!! PAS HANYA BANTU MENANGKAN BN DI SELANGOR – PAN

PAS hanya akan rugi jika tetap berpendirian untuk bergerak secara ‘berseorangan’ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim berkata, tindakan parti itu yang mahu bertanding di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen di Selangor hanya membantu kemenangan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kita lihat begitu sebenarnya dan hakikatnya begitu. Jadi ianya tidak menguntungkan PAS dan sebenarnya didalam PRU kali ini jika dia pergi begitu,”katanya kepada Antarapos.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam mengumumkan parti itu mahu meletakkan calon di 45 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen pada PRU akan datang, sebagai persediaan untuk menawan negeri berkenaan.

Iskandar berkata senarai calon PAS Selangor yang juga termasuk bukan Islam sudah dihantar kepada PAS Pusat untuk dinilai dan dimuktamadkan.

Bagaimanapun ujar Iskandar, pertambahan kerusi yang akan ditandingi PAS di Selangor bergantung kepada perjanjian yang dibuat bersama Pakatan Rakyat (PR) pada 2013, selain kajian melibatkan suasana politik semasa.

Mengulas lanjut kata Izham, Amanah tidak terkesan dengan pengumuman tersebut sambil menambah, matlamat Pakatan Harapan juga adalah untuk menumbangkan Umno.

“Tiada masalah bagi kami, cuma kami nak ingatkan PAS yang Pakatan Harapan (PH) termasuk Amanah sasaran kita adalah menumbangkan BN-Umno bukan sahaja di Selangor tetapi seluruh Negara. itulah sasaran kami,” kata beliau.

Justeru menurut Izham, bagi mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan pembangkang, PH masih lagi membuka pintu rundingan kepada PAS untuk menyertai gabungan itu.

“Kita sentiasa membuka pintu sampai hari ini pun, nampaknya dia (PAS) berminat untuk pergi secara sendiri, tapi hakikatnya kita lihat usahanya (PAS) secara tidak langsung membantu BN, untuk memecah rugi kepada pembangkang,” katanya lagi. -AP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana