Polis kesan aktivis didakwa 'hilang' ke Thailand...Pembangkang Ingat Kerajaan Hari Ini Jahat Sangat Ker?

Apa permainan ini...? polis ada gambaar seorang aktivis pembangkang yang diviralkan hilang dan 'disangka' diculik sebenarnya menyeberangi sempadan ke Thailand.

Dalam pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi Rabu, Peter Chong yang didakwa hilang dilihat menyeberangi sempadan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki bas pada jam 6.30 pagi 7 April.

"Saya ingin sahkan Peter Chong, kita nampak dia telah seberangi sempadan Thailand pada jam 6.30 pagi 7 April. Kita ada dapat gambar dia.

"Dia seberangi melalui sempadan Bukit Kayu Hitam menaiki bas.

"Saya tak tahu apa niat, tujuan dia hilangkan diri ke sana dan dilihat seolah-olah dia diculik dan viral," kata Khalid dalam sidang media selepas menghadiri himpunan bulanan polis peringkat Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata, PDRM kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Thailand, dalam usaha mengesan kedudukan lokasi Peter, pada masa ini.

"Kita tidak tahu, sebab utama dia (Peter) bertindak sedemikian sama ada lari dari hutang atau benda lain itu kita tidak tahu dan sedang siasat," katanya.

Anaknya, Darryl Chong membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya pada 8 April lalu selepas usaha menghubunginya gagal. Kes Chong kemudiannya diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang.

Pada 31 Mac lalu, Chong menerusi kiriman Facebook mendakwa beliau didekati individu tidak dikenali yang memberi peringatan supaya “berhati-hati” di sebalik kes orang hilang.

“Saya melihat ditularkan kononnya lima orang sudah diculik. Saya ingin beri amaran kepada mereka yang cuba kelirukan orang ramai. Ini tidak benar, daripada lima orang ini, hanya seorang sahaja yang dikesan diculik,"kata Khalid.

Polis hanya mengklasifikasikan kes kehilangan Pastor Raymond Koh, sebagai kes jenayah selepas dia dilarikan sekumpulan lelaki di Petaling Jaya, pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun kes kehilangan tiga lagi individu membabitkan Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth serta Amri Che Mat diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH), manakala Peter Chong, dikategorikan sebagai menghilangkan diri.

Khalid berkata mana-mana pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kehilangan lima individu terbabit sebagai satu konspirasi.

"Saya melihat viral dalam media sosial kononnya mereka diculik, saya beri amaran kepada sesiapa yang cuba mengelirukan kes berkenaan supaya menghentikannya.

"Berdasarkan bukti yang ada hanya Pastor Raymond yang diculik dan status tiga yang lain sebagai hilang, jangan hendak memandai-mandai kata mereka juga diculik," katanya.

Beliau turut menyelar tindakan pihak tertentu termasuk Majlis Peguam yang kononnya begitu prihatin dan mengambil berat kes kehilangan semua lima individu terbabit sehingga wujudnya spekulasi tidak benar.

"Dalam hal ini adakah kami (PDRM) tidak mengambil berat dan prihatin dengan kejadian yang berlaku, ...kami juga sangat prihatin dan bertanggungjawab dalam usaha mengesan semua mereka yang hilang ini," katanya.

NGO Bersih sebelum ini mendakwa beberapa aktivis pembangkang 'hilang' dan menuduh polis tidak melakukan apa-apa untuk mengesan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana