PM NAJIB KAGUM DENGAN KEBOLEHAN PENDEBAT USIM

Datuk Seri Najib Tun Razak kagum dengan kebolehan pendebat bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang kampus utamanya terletak di Nilai, Negeri Sembilan yang muncul naib juara pada Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar semalam.

“Kagum dengan kebolehan mahasiswa-mahasiswi kita di Pertandingan Debat Bahasa Arab Uni Antarabangsa di Qatar. Tahniah @usim menjadi naib johan!,” kata perdana menteri dalam laman Twitter beliau hari ini.

Bertanding dalam kategori bukan penutur asal Bahasa Arab bersama 30 pasukan debat universiti dari pelbagai negara, pendebat USIM beraksi cemerlang apabila menang semua perlawanan di peringkat pusingan.

Mereka menewaskan pasukan debat dari Deakin University, Australia; German Europe Institution, German; Meridian Atuluku, Turkey; Universiti Islam Indonesia, Indonesia dan University of Real Madrid, Sepanyol.

Pendebat Bahasa Arab Usim dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Anis Amirah Zakaria, Nur Akma Mohd Dali dan Muhammad Syafiq Suhaimi yang kesemuanya merupakan pelajar jurusan Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang Usim.

Di peringkat akhir, pendebat Usim bertemu pendebat University Sciences Po Parissa, Perancis.

Pertandingan yang bermula sejak 8 April lepas dan berakhir semalam dengan 86 buah pasukan dari 46 buah negara menyertai IUADC pada edisi kali ini yang berlangsung di Qatar National Convention Centre. – Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana