PM dedah cerita sebenar pasal lantikan Hishamuddin Menteri Tugas-Tugas Khas…

Kaki spekulasi khususnya puak pembangkang tentu frust menonggeng mendengar ‘ kisah benar’ mengenai lantikan tugas tambahan Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.

Kalau ikut putaran cerita mereka nampak gaya UMNO sudah kelam kabut dan masa depan politik Datuk Seri Zahid Hamidi sudah gelap.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan ‘ nak kerat’ timbalannya dan tonjolkan anak saudaranya.

Sebaliknya apa sebenarnya yang membawa kepada lantikan Menteri Pertahanan dengan tugas baru di JPM didedahkan oleh Najib semasa beruicap merasmikan jentera BN untuk RU14 di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.Perdana Menteri memberitahu beliau selama beberapa bulan membincangkan lantikan seorang Menteri Tugas-Tugas Khas dengan timbalannya.

Katanya sebenarnya Zahid yang cadangkan nama Hishamuddin dilantik ke jawatan itu. Najib meminta semua pihak hentikan cubaan untuk lagakan kedua mereka. Zahid dan Hishamuddin yang hadir pada majlis itu duduk sebelah menyebelah serta kelihatan bersenda gurau antara satu sama lain.
“Cuma mereka tidak cium satu sama lain,jadi tidak ada masalah,”kata Perdana Menteri disambut deraian gelak ketawa lebih 5,000 hadirin di majlis itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana