Peter Chong sudah pulang, kata ketua polis negara

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan bekas pembantu kepada wakil rakyat PKR, Peter Chong yang dikatakan hilang sejak 5 April lalu sudah ditemui.
“Peter Chong sudah kembali dari Pattaya tengah hari ini,” tulis Khalid di Twitter dan Facebooknya sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan polis.

Khalid ketika dihubungi FMT berkata, polis sedang mengambil keterangan Chong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tetapi tidak memberitahu berapa lama polis akan menyoal siasat aktivis itu.

“Ya, kami sedang lakukan (soal siasat Chong) sekarang di KLIA,” katanya.
Rabu lalu, Khalid dilaporkan berkata, Chong dikesan menaiki bas menyeberangi sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah ke Thailand, pada jam 6.30 pagi 7 April lalu.

Anaknya, Darryl membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya 8 April lalu selepas usaha menghubunginya gagal. Kes itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang.
Bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa itu kali terakhir dilihat meninggalkan rumahnya di Persiaran Raja Chulan, Kuala Lumpur, pada 5 April lalu.

Pada 31 Mac lalu, Chong menerusi catatan Facebooknya mendakwa didekati individu tidak dikenali yang mengingatkannya “berhati-hati” ketika negara dikejutkan dengan kes kehilangan Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isteri, Ruth, serta aktivis Perlis Hope, Amri Che Mat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana