PERCATURAN BERANI MATI OLEH PPBM DEMI MENJAGA HATI DAP- BUKAN MELAYU BOLEH JADI PM JIKA PAKATAN MENANG


KREDIBILITI presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yasin telah lama hancur apabila beliau dikatakan terlibat dalam konspirasi pemberontakan untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun lepas ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga dilihat teruja dalam pemberontakan tersebut setelah dijanjikan jawatan perdana menteri.

Menurut penganalisis politik, Muhyiddin menyertai pembangkang melalui PPBM dengan harapan untuk menjadi perdana menteri setelah perancangan asal beliau telah gagal. Namun harapan tersebut dilihat bakal musnah sekali lagi apabila nama beliau tidak diangkat sebagai antara calon-calon perdana menteri pilihan pembangkang.

Malah dalam seminggu yang lalu, beliau mencadangkan gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan dinamakan sebagai “Barisan Rakyat”. Cadangan Muhyiddin itu dibuat selepas pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Pakatan Harapan menukar namanya selain memberi penekanan terhadap keperluan mencipta logo, simbol dan manifesto pilihan raya bersama.

Kini Muhyiddin dikhabarkan telah melakukan “U-turn” lagi dengan berkata jika Pakatan menang kelak, maka perdana menteri boleh menjadi Cina. Ramai keliru dengan kenyataan beliau tersebut memandangkan sebelum ini beliau bersungguh-sungguh menekankan bahawa jika Pakatan Harapan pimpinan DAP menang maka PM adalah orang Melayu.

Mungkinkah cadangan beliau untuk menukar nama pakatan pembangkang tersebut telah mengundang kemarahan DAP terutamanya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang?

Kita amat maklum bahawa Pakatan Harapan adalah kepunyaan DAP. Parti-parti lain yang bernaung dibawahnya sekadar mendapatkan perlindungan daripada parti chauvanist tersebut. Oleh itu, tidak hairan lah sekiranya Muhyiddin ketakutan setelah menguris hati DAP sehingga memaksa beliau melakukan u-turn tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana