PERANGAI SEBENAR PAKATAN HARAPAN TERSERLAH

Pas menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen PAN, PKR dan DAP yang cuba mencetuskan provokasi selepas sesi perbahasan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) ditangguhkan sebagai langkah yang tidak wajar.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan tersebut telah menyerlahkan sikap sebenar segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi menghalang perbahasan dan pindaan rang undang-undang tersebut.

Kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu, keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menangguhkan sesi itu dan membahaskannya dalam sidang akan datang adalah langkah tepat dan tidak sepatutnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

“Pandikar Amin telah memainkan peranan yang cukup cemerlang apabila tidak menye­belahi mana-mana pihak selain memberikan ruang secukupnya kepada Pas untuk menghuraikan usul RUU 355 tersebut.

“Kita sudah maklum sidang dewan akan berakhir pada pukul 5.30 petang dan beliau menangguhkan kira-kira pukul 4 petang. Jadi saya rasakan tindakan itu adalah betul, sebab kalau diberi ruang sekalipun hanya seorang sahaja yang sempat menyer­tai sesi perbahasan,” katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini malam tadi.

Ketika ditanya mengenai tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa pemimpin PAN yang dilihat berlebihan membantah keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata, situasi tersebut sememangnya sudah dijangka.

“Itu situasi biasa dan kita sudah tahu dan mengenali jelas sikap pemimpin itu (Khalid Samad). Itulah Khalid Samad, masa kita berbahas dia tidak tanya pun, itulah sikap dia,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Takiyuddin berkata, Pas yakin penjelasan yang diberikan semasa pembentangan RUU 355 di Parlimen semalam bakal memberi pandangan baharu kepada semua pihak terutamanya pembangkang dalam memahami pindaan akta tersebut.

“Saya juga terkejut kerana celahan tidak banyak semasa perbahasan dan kalau ada pun semuanya celahan yang baik iaitu arah mereka yang ingin betul-betul memahami akta tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana