PENYOKONGNYA TAKNAK TENGOK MAHATHIR KENA MALU

MENURUT pihak polis, ada 18 laporan diterima yang membawa kepada pembatalan debat antara Datuk Sri Nazri Aziz dengan Mahathir  di Shah Alam 7hb April depan.
Semua laporan ini besar kemungkinan diterima sebaik diumumkan bahawa polis meluluskan permohonan untuk mengadakan debat tersebut.  Sebab itu ia dibatalkan selepas diluluskan pada mulanya.
Penulis amat yakin, 18 laporan polis ini – hampir, kalau tidak kesemuanya dibuat oleh penyokong Mahathir sendiri yang tidak mahu Mahathir dimalukan Nazri pada tarikh tersebut.  Mereka tidak sangka polis akan meluluskan debat tersebut dan sebaik mengetahui permit debat itu diluluskan, mereka berlumba-lumba ke balai membuat laporan agar ia dibatalkan.
Fikir penulis macam itulah sebab dari mula pun kita tahu dalam hal ini, Mahathir adalah dipihak yang pengecut dan Nazri di pihak yang berani.  Ajak debat ini pun dia mulakan tapi beberapa kali meminta untuk menukar tempat, termasuk yang dibatalkan di Shah Alam ini.
Takkanlah penyokong Nazri pulak, kerana Nazri terbukti tidak memerlukan sesiapa untuk berhadapan dengan Mahathir.  Malah, ia adalah Mahathir yang melarikan diri dari berjumpa dengan Nazri di MRSM Kuala Kangsar pada 25 Mac lepas.  Itu saja bukti kukuh siapa pengecut dan siapa berani dalam hal ini.
Apa pun, Hasmah boleh tidur lena malam ini, tidaklah dia terlalu bimbangkan nasib suaminya 7hb nanti.  Kena hujan pun boleh tumbang, lagi pulak tekanan masa debat.  Payah orang hidup dengan bateri yang dipasang untuk membolehkan jantungnya berjalan ni.
Tapi, mengetahui Nazri, ramai agak pasti beliau tidak akan beralah dan besar kemungkinan hadir menunggu Mahathir 7hb nanti seperti mana di MRSM Kuala Kangsar 25hb dulu?  Mahathir?  Tak tahulah.  Mungkin sekali lagi Nazri perlu mencarinya dimana-mana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana