PENYOKONG PAN BIADAP KRITIK SULTAN JOHOR, KINI DITAHAN....PADAN MUKANYA

Polis Johor menahan seorang lelaki dari Kuala Lumpur berusia 26 tahun kerana memuat naik status di Facebook yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua PKR Johor, Hassan Karim, berkata suspek ditahan di ibu pejabat polis di Johor Baru pada kira-kira pukul 4 petang ini.

“Dia (suspek) datang untuk menyerah diri di balai polis dan minta saya mengiringi beliau.

“Polis mengambil keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah selama kira-kira satu jam sebelum menahannya untuk siasatan lanjut,” kata Hassan yang bertindak selaku peguam.

Hassan berkata, suspek yang merupakan seorang anggota Pemuda PAN di Selangor datang ke Johor dari Sungai Besi, Kuala Lumpur awal hari ini.

“Ibunya, abang dan kakak juga di sana apabila dia ditahan,” katanya sambil menambah polis akan memohon perintah reman esok.

Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai posting FB yang didakwa ditulis lelaki berkenaan.

Sementara itu, anggota jawatankuasa pusat Pemuda Parti Sosialis Malaya (PSM), Paranjothi Joma dalam satu kenyataan berkata, suspek ditahan kerana mengkritik projek Forest City.

Paranjothi berkata Pemuda PSM menghormati pandangan berkenaan, di mana lelaki itu didakwa mempersoalkan mengenai peranan China dalam projek Forest City yang boleh menjejaskan kedaulatan Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana