"PENYEBARAN GAMBAR INTIN ZAIRIL DAN DYANA BUKAN KERJA UMNO"

PENYEBARAN gambar-gambar intim antara Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud di laman sosial bukanlah perbuatan serangan politik dari pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN), malah tidak mustahil sekiranya ia dilakukan oleh ahli DAP sendiri.

Menurut Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar, Zairil dan Dyana merupakan antara orang suruhan Penasihat DAP Lim Kit Siang, maka tidak mustahil mereka dianiaya oleh ahli DAP sendiri dari golongan anti Dinasti Lim.

“Saya yakin, gambar-gambar intim Zairi dan Dyana yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini bukanlah daripada UMNO dan BN, kerana, saya sendiri sebagai salah seorang jentera UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, berperang dengan pembangkang (DAP) bersandarkan fakta."

“Tidak ada sama sekali cubaan daripada pihak UMNO, mahupun di peringkat bawahan untuk cuba mencari isu dengan perkara-perkara remeh seperti ini, maka tujuan laporan polis pada hari ini juga antara lain bagi membuktikan bahawa perkara ini tiada kaitan dengan UMNO dan BN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut mempersoalkan keaslian gambar intim tersebut, serta berharap agar pihak Zairil dan Dyana sendiri tampil memberi penjelasan dan membuat laporan polis bagi membersihkan nama mereka, sekiranya gambar-gambar tersebut terbukti palsu bagi tujuan memudahkan penyiasatan oleh pihak berkuasa.

Beliau, dalam pada itu turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Dyana baru-baru ini yang mengatakan tindakan penularan gambar-gambar intim tersebut telah melanggar hak peribadi seseorang individu dan aib mereka sekiranya perkara tersebut adalah benar.

“Jadi, kita minta Zairil dan Dyana tampil dan membuat laporan polis berhubung gambar-gambar tersebut. Ini merupakan penyebaran gambar “mesra” kedua pemimpin DAP itu kali yang ketiga,” ujarnya.

Tambah Zulkarnain, "sekiranya gambar-gambar tersebut adalah sahih dan terbukti kedua-dua mereka mempunyai hubungan sulit, maka tidak salah sekiranya Zairil dan Dyana berkahwin demi menutup kontroversi ‘panas’ yang dihadapi oleh kedua-dua orang kuat Lim Kit Siang ini."

“Secara ‘gentlemen’, tidak salah untuk Zairil mengaku (sekiranya ada hubungan), malah dalam Islam turut digalakkan untuk berkahwin lebih dari satu. Kami juga mengalu-alukan juga tindakan itu demi menutup kontroversi itu."

“Namun, jika perkara tersebut adalah merupakan perbuatan khianat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kami sangat tidak bersetuju dengan tindakan seumpama ini. Mengambil gambar tanpa izin ini adalah perbuatan yang tidak baik,“ katanya.

Sementara itu, Zulkarnain juga menempelak tindakan puak pembangkang, terutama DAP yang sering menudung jari terhadap UMNO dan BN setiap kali berdepan insiden sebegini, malah menuduh ia sebagai perbuatan khianat oleh pihak kerajaan semata-mata mahu melepaskan diri sendiri.

“Akhirnya, yang terjejas adalah UMNO. Setiap kali ada masalah seperti ini, yang kena UMNO dan jentera BN. Kita kenal jentera parti kita yang terlibat secara langsung dengan media sosial dan sebagainya, mereka tidak akan menggunakan perkara remeh seperti ini sebagai senjata memerangai DAP."

“Jadi, saya rasa, DAP perlu menyiasat dalam kalangan ahli mereka sendiri, kerana tidak mustahil untuk mereka bermusuh sesama sendiri dalam parti DAP. Tidak patut dan tiada kena mengena perkara ini dengan UMNO. Siapa Zairil bagi kita? Tiada untung walau sesen bagi kita,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana