Pengalaman Juruterbang TUDM terlibat misi penyelamat di Korea Utara

Ia bukan satu tugas biasa memandu pesawat jenis Bombardier Global Express bersama tujuh lagi krew untuk ke Korea Utara dalam misi khas menyelamat sembilan rakyat Malaysia di negara itu.

Apa-apapun boleh jadi, al maklum sajalah, otak pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bukannya betul sangat.

Boleh terlintas difikiran kalau dia tengok jet cantik macam Malaysia bawa ni, dia berkenan nak buat pesawat peribadi.

Macam-macam boleh jadi sebab kita berunding dengan orang gila yang tak ikut garis panduan antarabangsa.

Bagaimanapun, alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

Menurut Juruterbang TUDM, Leftenan Kolonel Harizan Kamis milik TUDM itu telah berlepas dari Pangkalan Udara Subang untuk ke Pyongyang, Korea Utara pada pukul 10.30 pagi Khamis.

Jelasnya mereka diminta bersiap sedia sejak Isnin lagi.

"Penerbangan kami selama enam jam itu kemudian tiba di Lapangan Antarabangsa Terbang Pyongyang pada pukul 5.30 petang.

"Kami tidak pasti apa yang dapat dijangkakan apabila memasuki ruang udara Korea Utara,"

"Selepas mengambil sembilan rakyat kita, pesawat kemudian berlepas dari sana pada pukul 7.45 petang (waktu Malaysia) sebelum singgah sebentar di Fuzhou, China untuk mengisi minyak," katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada Jumaat.

Walaupun berpengalaman dalam menerbangkan pesawat menerusi misi menyelamat ke kawasan konflik seperti Libya, beliau hanya mula menarik nafas lega selepas meninggalkan ruang udara Korea Utara.

Menurut Pegawai Pemerintah Nombor Dua Skuadron TUDM itu, sebanyak lapan kru termasuk dua juruterbang terlibat dalam misi membawa pulang sembilan rakyat Malaysia berkenaan.

Terdahulu, sembilan rakyat Malaysia yang dihalang keluar dari Korea Utara ekoran krisis diplomatik antara kedua-dua negara selamat tiba ke tanah air hari ini.

Mereka yang menaiki pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana