Pendedahan Rafizi bertujuan burukkan persepsi terhadap PAS

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata pendedahan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengenai seorang bekas pemimpin PAS menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertujuan membuat masyarakat mempunyai persepsi buruk terhadap PAS.

"Tujuannya memang mahu memburukkan PAS. Selama ini dia (Rafizi) tuduh PAS macam-macam. Kita pelik juga. Mula-mula dia kata PAS dapat RM90 juta, kemudian sebut orang yang rapat dengan PAS, kemudian sebut bekas pimpinan PAS, Tiga langkah ini, apa tujuannya? Saya pun tak faham.

"Kesian kepada pimpinan PKR lain yang punyai hubungan baik dengan PAS," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Terdahulu hari ini, Rafizi mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menerima dana daripada 1MDB dalam satu sidang media di ibu pejabat Invoke di Kuala Lumpur.

Idris berpandangan pendedahan Rafizi itu adalah di atas kapasiti peribadi dan bukan pendirian rasmi parti.

Dalam pada itu ketika ditanya sama ada pendedahan Rafizi memberi kesan kepada tahaluf siyasi PAS dengan PKR, Idris sambil berkias menyifatkan ia seperti 'sejuk di kepala, panas di dada'.

"Saya tak tahu bagaimana muktamar akan olah, terpulang kepada muktamar," katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS Pusat akan berlangsung bermula 29 April sehingga 1 Mei depan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana