PEMUDA UMNO SELANGOR CABAR KHALID SAMAD BUKTIKAN KERJASAMA PAS-UMNO

Kemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa PAS dan Umno memang menjalinkan hubungan, demikian cabaran Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Malah Zainuri turut hairan dengan sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak senang sekiranya benar kerjasama itu wujud, adakah ia menggugat Pakatan Harapan (PH).
“Ia belum sesuatu yang pasti. Kalau sekiranya dia ada bukti mengatakan kalau PAS dan Umno ini ada satu usaha kerjasama politik, mestilah ada satu bukti yang konkrit. Jangan dia main cakap begitu sahaja sedangkan kita pun tiada apa-apa.
“Sekiranya pun Umno dan PAS ada hubungan ataupun ingin bekerjasama, apa masalahnya? Apa yang jadi? Adakah ia satu ancaman ke pada dia,” katanya 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Khalid sewaktu pembentangan pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta 355) Khamis lalu bahawa kerjasama PAS-Umno sememangnya wujud.
Zainuri menambah katanya setakat ini tiada ura-ura dalam barisan pimpinan Umno mengenai kerjasama dengan PAS menuju Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Kita tidak tahu tapi asal yang saya tahu, setakat ini tiada apa-apa perbincangan secara spesifik untuk hubungan diantara Umno dan PAS.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai ahli Parlimen Umno yang dilihat memberi peluang dan sokongan kepada parti Hadi semasa pembentangan Akta 355 seperti yang didakwa Khalid, Zainuri berkata tindakan tersebut hanya atas dasar semangat setiakawan dan bukan mewakili parti.
“Tak mungkin, tak mungkin. Saya merasakan mungkin apabila salah seorang dari ahli Parlimen bangun ketika perbincangan. Kita faham bahawa dikalangan orang-orang pakatan ini dia suka buat provokasi. Dia suka mengacau setiap pembentangan, hujah siapa juga yang sedang lakukan ucapan ataupun perbentangan. Mereka ni suka kacau.
“Jadi kalau kita tengok itu atas sifat individu bukan atas sifat kepartian.
“Jadi mungkin dia berkawan. Dalam parti politik mungkin kita tidak sehaluan tetapi mungkin berkawan antara parti politik. Mungkin ada kawan kita yang parti dia parti PAS,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana