Pemuda PAS Kelantan pula lulus usul putus hubungan dengan PKR

Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPK) sebulat suara meluluskan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Usul yang diterima sebulat suara pada sesi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kelantan ke-58 itu dibawa oleh perwakilan Pemuda PAS kawasan Kota Bharu, Adnan Wazir.

Adnan berkata, menyifatkan PKR tidak mempunyai pendirian jelas dalam bertahaluf dengan PAS.

Katanya, tindakan sesetengah pimpinan PKR masih menyerang pimpinan PAS termasuk ketika berkongsi pentas bersama Amanah mendorong kepada keputusan mengakhiri tahaluf siyasi dibuat.

"Dewan Pemuda Pas kawasan Kota Bharu mengusulkan keputusan segera dibuat oleh pimpinan PAS pusat berkenaan isu memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR," katanya.

Pada muktamar itu, Ahli Jawatankuasa Kerja DPPK dikekalkan termasuk Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata, usul yang dipersetujui DPPK akan dibawa ke Muktamar PAS Pusat hujung bulan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana