Pemuda PAS Johor umum putus hubungan dengan PKR....Kali ini PKR Akan Mengaummm Ketakutan

Lepas satu-satu... semua indikasi menunjukkan akar umbi PAS mahu hubungan parti itu dan PKR diputuskan selepas Muktamar PAS hujung bulan ini.

Yang terbaru Pemuda PAS Johor sebulat suara meluluskan usul tergempar supaya parti itu memutuskan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Ketua Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin, berkata usul itu dibawa oleh perwakilan Pemuda PAS Johor Bahru pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Johor yang diadakan di sini, semalam.

"Usul berkenaan diterima sebulat suara oleh 110 perwakilan Pemuda PAS daripada 21 kawasan di Johor yang hadir pada mesyuarat agung berkenaan, semalam.

"Selaras dengan usul berkenaan, Pemuda PAS Johor mendesak kepimpinan parti supaya merampas semula beberapa kerusi PAS yang dipinjamkan kepada PKR termasuk di Parlimen Batu Pahat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di negeri ini.

"Usul tergempar ini diterima sebulat suara perwakilan dan kami juga mahu supaya beberapa kerusi yang dipinjamkan kepada PKR dalam Pilihan Raya Umum lalu dirampas kembali," katanya.

Sebelum ini, usul supaya PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR juga diterima pada mesyuarat perwakilan parti berkenaan di beberapa kawasan termasuk di Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana