Pemilihan PAS: Tiada yang berani 'langgar' Haji Hadi...

Di sebalik cakap-cakap ada yang hendak 'langgar' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan hujung April ini, nampaknya tak ada yang muncul sehingga tarikh akhir ditutup pada Selasa.

Untuk rekod, hanya diperlukan dua kawasan untuk mencalonkan apa-apa jawatan di peringkat pusat PAS, dalam kata lain, Haji Hadi dan kumpulan ulamak dalam PAS 'grip' habis di semua kawasan seluruh negara.

Haji Hadi, 69, memegang jawatan presiden PAS sejak 2002 menggantikan Datuk Dr Fadzil Noor.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi parti itu berkata, Muktamar PAS Pusat ke-63 akan diadakan di Kedah pada 29 April hingga 1 Mei ini, bagi memilih barisan kepimpinan sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebelum itu, Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan Muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April ini.

Selain Haji Hadi, turun menang tanpa bertanding adalah timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, 56, memegang jawatan nombor dua dalam parti itu sejak 2015 turut menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi tahun ini.

Sementara itu, jawatan Naib Presiden menyaksikan lima pencalonan termasuk tiga penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Exco Kanan Kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Turut dicalonkan ke jawatan itu ialah Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dan Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan.

Pengerusi Tetap, Hussin Ismail dan Timbalannya, Kamal Shaari masing-masing turut menang tanpa bertanding Takiyuddin dalam kenyataannya hari ini, berkata seramai 40 orang dicalonkan untuk jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bagi memilih 18 perwakilan.

Beliau berkata, Muktamar PAS Pusat ke-63 akan memilih barisan kepemimpinan baru bagi sesi 2017/2019 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebelum itu, Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat akan mengadakan muktamar di peringkat masing-masing mulai 27 April ini.

Katanya, pihak yang menerima pencalonan dikehendaki menyatakan penerimaan pencalonan sebelum 17 April ini.

"Peraturan pemilihan kali ini memerlukan sekurang-kurangnya 10 pencalonan untuk layak disenaraikan sebagai calon dalam pemilihan pada muktamar PAS kali ini berbanding dengan dua pencalonan sebelum ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana